ISU mengenai pembahagian tugas antara suami dan isteri sentiasa menjadi topik perdebatan di media sosial. Dalam satu hantaran tular, seorang wanita berkongsi rasa kagum dengan sikap beberapa rakan sekerja lelaki yang ringan tulang melakukan tugasan rumah bersama isteri. Mengakui perkongsiannya bukanlah berniat membuat perbandingan antara kaum, ujar wanita ini, ia diluahkan berdasarkan apa yang telah berlaku dan disaksikan sendiri. "Saya bukan nak bandingkan tau tapi kat pejabat ni ada dua orang rakan Cina yang dah kahwin. Urusan rumah tangga sering dilakukan para isteri. -Gambar hiasan "Seorang tu tangan dia eczema (sakit kulit), memang nampak darah kadang-kadang sebab terlalu kering tapi di rumah dia yang cuci tandas, pinggan," katanya memulakan cerita. Tambah wanita ini lagi, rakannya tidak pernah menjadikan masalah kulit kronik yang dialami sebagai alasan untuk menyerahkan kerja rumah sepenuhnya kepada isteri. Sebaliknya dia mencari inisiatif bagi melakukan tugasan berkenaan dengan memakai sarung tangan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup buat 2 kerja, semua gaji guna untuk famili... Isteri tetap tak puas hati, sebabnya tak bantu buat kerja rumah ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kritik kerja isteri, lelaki serba ‘sempurna’ terima padah lepas pasangan masuk wad! Anak-anak tak terurus, baju busuk biar berlonggok "Saya pun tanya lagi, buat kerja rumah dengan isteri ke... tapi dia cakap 'tak' dan isteri boleh duduk berehat," tambahnya. Dia yang mengagumi cara kawannya melayan isteri turut berkongsi kisah seorang lagi rakan pejabat yang melakukan perkara sama. "Yang seorang ni, masa melamar tu dia berjanji nak buat kerja rumah, cuci tandas, masak dan segala-galanya. Ada lelaki Melayu macam ni cuma orang tak tahu je, alhamdulillah saya jumpa salah seorang. WARGA MAYA "Selepas berkahwin, dia memang buat apa yang dijanjikan. Bagi mereka, (kerja rumah) memang budaya dan normal," katanya lagi. Hantaran yang dibuat di laman Thread itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Kebanyakannya berpandangan memang terdapat lelaki Melayu yang ringan tulang serta gemar membantu para isteri melakukan kerja rumah selain berkongsi pengalaman sendiri. Antara reaksi warga maya mengenai hantaran yang dibuat. "Suami saya tak janji apa-apa sebelum kahwin, jadi tak ada expectation sangat pun, tapi selepas kahwin, dia banyak tolong buat kerja rumah tanpa disuruh. Jadi lelaki Melayu macam tu masih wujud cuma terselit dan tersorok je. "Ada lelaki Melayu macam ni cuma orang tak tahu je, Alhamdulillah saya jumpa salah seorang. "Sebenarnya tak semua lelaki Melayu tak guna, suami saya memang buat semua dari cuci baju sehingga jaga anak-anak selepas balik kerja. Saya memang take over pasal memasak je. "Lelaki Melayu dapat isteri macam dapat bibik. Ada yang jadi 'auto cacat', pinggan tak boleh angkat, sampah tak boleh sapu dan semua isteri kena buat sebab dia guna kuasa sebagai suami," demikian perkongsian pengalaman beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube