BERGELAR seorang pendidik bukanlah satu tugas mudah, apatah lagi dalam zaman yang serba mencabar pada hari ini. Guru bukan sahaja berperanan untuk memberi ilmu, malah mereka juga bertanggungjawab menerapkan sahsiah dalam diri murid-murid. Di platform X, seorang guru membuat luahan perasaan selepas kecewa dengan prestasi murid-murid di sekolahnya. Segelintir murid turut mempunyai masalah disiplin dan bersikap kurang ajar terhadap guru. -Gambar hiasan Menurut pengadu, dia kecewa apabila mendapati masih ramai murid-muridnya yang gagal menguasai kemahiran membaca. "Aku baru lagi jadi cikgu sekolah menengah kebangsaan (SMK). Ramai sangat budak tak reti membaca. Dah tingkatan tiga tak reti membaca pun ada. "Sifir dua pun tak boleh jawab, kena tekan kalkulator. Aku tahu tugas guru mendidik tapi kalau sampai SMK tapi anak tak boleh membaca, aku rasa memang masalah mak ayah," luahnya. Sudah la tak reti, apabila ditegur menjawab dengan biadab. GURU Selain masalah akademik, pengadu membuat kesimpulan bahawa murid-murid zaman sekarang juga mempunyai akhlak yang buruk dan biadab terhadap guru. "Sudah la tak reti, apabila ditegur menjawab dengan biadab. Aku bukan mengajar di kawasan pedalaman, masih bandar lagi, ada mall semua tu. "Bagi kerja sekolah, ugutlah siapa tak siap esok berdiri kat luar. Esoknya aku masuk kelas terus budak cakap... cikgu saya tak siap kerja sekolah, saya pergi duduk luar. ARTIKEL BERKAITAN: Murid tunjuk redflag masalah pembelajaran, guru kecewa mak ayah masih ‘relax’- “Anda dah aniaya anak sendiri” ARTIKEL BERKAITAN: Kena lempang sampai takut balik ke asrama... Abang tak diam diri guru disiplin ugut nak hancurkan masa depan adik "Sumpah boleh gila macam ni," ujar guru itu lagi sehingga dia menerima pelbagai reaksi daripada netizen di X. Segelintir netizen turut berpendapat murid sekolah menengah yang gagal membaca berkemungkinan perlu diletakkan di bawah kategori khas. "Mungkin ada dyslexia atau masalah pembelajaran yang lain. Segelintir mak ayah tak cukup cakna nak bawa anak pergi jumpa doktor. "Cikgu dah suruh pergi buat medical checkup, mak ayah tak bawa. Malu katanya anak masuk PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi). "Biasanya budak-budak kalau dah naik sekolah menengah tak lancar lagi baca, ada masalah pembelajaran," ujar netizen. Pekerjaan sebagai guru dianggap mencabar, khususnya dalam dunia hari ini. -Gambar hiasan Beberapa netizen turut menyelar sikap ibu bapa masa kini yang didakwa menjadi punca anak-anak malas belajar dan tidak mempunyai adab. "Sekolah menengah tak reti membaca bukan salah cikgu. Ini mak ayah yang gagal sepenuhnya. "Boleh mental dapat pelajar macam ni. Dalam kes ini bukan salah cikgu, salah mak ayah budak tu. "Saya benci generasi hari ini makin bodoh dan menjadi punca masalah mental cikgu," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube