SEORANG pembekal rumput tiruan (artificial grass) tular di media sosial selepas dia berkongsi mesej yang dikirim oleh seorang individu. Menurut Anan Adli, individu dipercayai seorang wanita itu menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi TikTok. Dalam mesej itu, individu berkenaan bertanyakan tentang anggaran harga rumput tiruan untuk dipasang di sekeliling kubur. Antara kubur yang dipasang dengan rumput tiruan. Dia pada mulanya menyangka pelanggan tersebut mahu memasang rumput di kubur keluarganya, namun sangkaan itu meleset selepas mereka saling berbalas mesej. "Semalam dapat mesej kat TikTok tanya pasal tanam rumput kat kubur. Ingatkan nak buat untuk kubur ahli keluarga. "Rupanya dia nak buat untuk sahabat baik dia yang genap tiga bulan meninggal dunia. Saya berhajat nak buatkan untuk kubur arwah sahabat saya. Baru genap tiga bulan dan belum ada kepuk lagi. PELANGGAN "Untung ada kawan macam ni. Sampai ke hujung nyawa," ujar Anan yang turut meletakkan emoji menangis pada kapsyen hantaran itu. Menerusi tangkap layar mesej yang dikongsi Anan, pelanggan itu memaklumkan arwah rakannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata, Gombak, Selangor. Menurut pelanggan itu lagi, dia sekadar membuat tinjauan harga terlebih dahulu dan akan menunggu kebenaran keluarga arwah sebelum melakukan pemasangan rumput. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedang cat kepuk kubur tergelincir, separuh muka bertukar putih... Ramai minta maaf gelak berdekah ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bina kubur sendiri walau masih hidup, rupanya tempat ‘simpan’ anggota badan "Saya berhajat nak buatkan untuk kubur arwah sahabat saya. Baru genap tiga bulan dan belum ada kepuk lagi. "Sekarang saya survey dulu, nanti kalau dah dapat izin daripada keluarga dia, saya inform semula ya," ujar pelanggan itu. Dia turut menyifatkan arwah sebagai sahabat terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut memuji individu yang tetap menghargai rakannya walaupun mereka telah berpisah buat selamanya. Tangkap layar mesej antara Anas dengan pelanggan berkenaan. "Sumpah sebak baca. Lagi-lagi bila dia tulis sebab dia sahabat terbaik saya. Allahu, untungnya ada sahabat terbaik macam awak. "Saya boleh faham apa yang dia rasa sebab saya pernah hilang sahabat. 18 tahun kami berteman asbab kanser. Saya mampu buat batu ukir nama dia tanda kenangan. "Aku ni tak minta banyak mana pun kat sahabat-sahabat, cukup hargai je, tak susah mana pun," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube