SALAH satu kriteria suami atau isteri yang baik adalah saling menyokong pasangannya baik daripada segi kerjaya, minat ataupun hobi. Bukan sekadar memberi sokongan moral, malah ada individu yang sanggup berkorban memberikan sokongan dalam bentuk kewangan dan tenaga demi merealisasikan impian pasangan masing-masing. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini di mana dia turut melakukan perkara yang sama untuk isterinya. Makanan yang enak dan menu yang menarik antara faktor sesebuah kafe menjadi tumpuan ramai. -Gambar hiasan "Bini aku ada impian nak ada kafe. Jadi aku support dia daripada segi financial untuk initial cost," kongsi lelaki berkenaan dalam satu hantaran di laman X. Bagaimanapun menurut lelaki tersebut, bisnes kafe yang diusahakan oleh isterinya 'tidak menjadi' sehingga mencatatkan kerugian hampir saban bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘over pemurah’, suka ajak keluarga besar makan di luar tapi suami bayar! Di rumah asyik tolak diajak ‘bersama’ ARTIKEL BERKAITAN: Suami mewahkan anak buah, duit raya RM50! Zuriat sendiri salam tiada ‘isi’, bapa bagi alasan sudah bagi belanja sekolah "Tapi kedai dia tiap-tiap bulan rugi. Tiap-tiap bulan aku kena cover duit pekerja dengan sewa kedai," luahnya lagi. Disebabkan situasi tersebut, dia mencadangkan supaya isterinya menutup kafe berkenaan agar tidak berterus-terusan menanggung kerugian. Kadang persaingan banyak sangat so kena lagi kreatif. Nak mengharapkan customer datang tapi tak buat perubahan memang tak dapatlah. NETIZEN Namun begitu, cadangan tersebut ditolak sekali gus membuatkan dirinya berada dalam situasi serba salah. "Aku nak minta bini aku tutup kedai tu tapi dia tak nak. Patut ke aku paksa je tutup?" kongsinya lagi. Perkongsian berkenaan mengundang perhatian netizen namun rata-ratanya menyarankan supaya lelaki tersebut membantu menyelamatkan bisnes isterinya. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Cari tahu punca bisnes rugi. Dari segi marketing ke, produk ke, service ke, then improve. Kadang persaingan banyak sangat so kena lagi kreatif. Nak mengharapkan customer datang tapi tak buat perubahan memang tak dapatlah. "Tukar strategi. Mungkin tukar jadi kedai makan ke, buat warung ke... kafe ni bunyi macam high end. "Banyak faktor penyebab kerugian, cuba senaraikan dulu lepas tu improve satu persatu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube