suria

Suami gembira famili selalu datang rumah... Tak pernah nampak mak ayah jadi ‘raja’, layan isteri macam hamba

Suami isteri perlu bersama melayan tetamu yang berkunjung ke rumah. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN luahan mengenai masalah rumah tangga di media sosial biasanya disebabkan isu kewangan, orang ketiga dan keluarga mentua.

Begitu juga kisah dikongsikan wanita ini yang meluahkan masalah perkahwinannya menerusi grup di Facebook.

Tanpa mendedahkan identiti dirinya, dia mengaku berasa kurang senang setiap kali keluarga suaminya berkunjung ke kediaman mereka.

"Saya seorang isteri ada anak kecil berusia lebih satu tahun. Saya jadi murung kalau tahu keluarga suami datang.

Seorang suri rumah penat melayan keluarga mentua yang sering datang ke rumah. -Gambar hiasan

"Beza dengan keluarga saya... kalau mereka datang, mesti akan bungkuskan makanan dan makan bersama saya jadi tidak susah-susah masak dan keluar beli lauk.

"Kalau tinggal dekat rumah saya, mereka akan belanja saya makan luar. Jadi saya hanya kemas rumah sahaja," ujarnya.

Dalam hantaran sama, wanita ini turut membezakan situasi apabila dia menerima kunjungan daripada keluarga sendiri dan famili suami.

Katanya, dia berasa letih melayan tetamu keluarga sebelah suami yang tidak membantunya menyediakan makanan dan mengemas dapur selepas selesai menjamu selera.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terbujur kaku, suami cuak tengok CCTV! Terduduk isteri perlu ditidurkan, selama ini tak percaya penat jadi suri rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat ‘bersaing’ dengan jiran mak janda, suami mudah kesian... Sakit demam, baju anak salah saiz pun nak mengadu!

"Selepas makan, pinggan gelas pun tinggal macam tu je. Mereka tak basuh dan biarkan saya yang basuh. Sudah la kita yang masak. Suami pula tak reti nak menolong langsung kalau keluarga dia datang.

"Kalau dah suka sangat keluarga dia datang, tolong masak tak apalah tapi 'haram'. Saya dengan anak kecil kena masak dua kali sehari. Kadang-kadang sampai seminggu ibu bapa dia duduk rumah saya.

"Sampai sekarang saya anxiety nak terima tetamu bermalam sebab penat sangat. Suami bukan faham benda macam ni dia balik dan pergi kerja je. Yang lain-lain kita uruskan semua termasuk beli lauk dengan anak kecil lagi," jelasnya.

Menurut pengadu, terbaharu dia mendapat tahu bahawa keluarga mentuanya bakal berkunjung ke rumahnya tidak lama lagi.

Daripada awak penat, jadi susah hati. Baik jangan buat semua tu. Risau tak ikhlas.

NETIZEN

Sebagai menghantar 'mesej' kepada suami, wanita ini bercadang untuk balik ke kampung halamannya sebagai tanda protes.

Di ruangan komen, wanita ini turut menjelaskan keadaan kewangan keluarga yang menjadi salah satu punca dirinya berasa tertekan.

"Mereka tak datang pun saya sudah burn out (penat). Dengan kewangan tak berapa nak ada. Saya hari-hari makan makanan apa yang ada dalam peti sejuk je.

"Kami kena berjimat sebab nak baiki kereta yang sudah seminggu rosak. Saya pula ada penyakit darah tinggi memang tak boleh tekanan. Mak saya suruh balik berehat di kampung," ujarnya.

Komen netizen pada hantaran dibuat.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen yang memberikan pendapat masing-masing.

"Sambil hidup, buatlah bekalan untuk akhirat sama. Buat setakat terdaya.

"Buat-buat demam tak larat nak bangun. Pandailah mereka cari makan sendiri.

"Tak larat masak. Order sis, minta laki kamu duit. Jangan seksa diri. Semudah itu. Daripada awak penat, jadi susah hati. Baik jangan buat semua tu. Risau tak ikhlas," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain