suria

Ibu bapa angkat tiada anak, tak percaya saudara sendiri... Pemuda bakal dapat semua harta - “Mereka tak boleh tuntut apa-apa”

Anak angkat tidak layak menerima harta pusaka kerana tiada pertalian darah. -Gambar hiasan

HARTA pusaka hanya boleh diwarisi oleh mereka yang mempunyai pertalian darah.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang lelaki berkongsikan situasi dialami apabila ibu dan bapa angkatnya mahu menyerahkan sepenuh harta yang dimiliki kepadanya.

Menurut anak muda ini, segalanya bermula selepas kesihatan kedua-dua orang tuanya merosot dan sering berulang alik ke hospital.

Situasi tersebut menyebabkan bapa angkatnya meluahkan kebimbangan seandainya harta yang dimiliki difaraidkan kepada adik beradik dan anak saudara yang lain kerana tidak memiliki zuriat kandung.

Perbalahan sering terjadi disebabkan harta pusaka. -Gambar hiasan

Perbalahan sering terjadi disebabkan harta pusaka. -Gambar hiasan

"Saya anak angkat yang dibela sejak lahir, ibu dan ayah angkat masih hidup serta tak ada anak kandung.

"Ibu ayah angkat saya berhasrat ingin menyerahkan kesemua harta mereka berdua ketika masih hidup kepada saya.

"Apa yang ibu ayah angkat perlu buat untuk serahkan harta mereka kepada saya supaya saudara-saudara mereka tak boleh tuntut apa-apa kelak," ujarnya memulakan cerita.

Menyedari diri akan dipandang serong kerana hanya memegang 'status sebagai anak angkat, dia yang berusia awal 20-an berkata, penyerahan tersebut bukanlah dibuat semasa ibu dan bapa angkatnya masih hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Puluhan tahun diami tanah pusaka, akhirnya diusir bapa saudara sendiri akibat geran tanpa nama - “Dia hanya pemegang amanah”

ARTIKEL BERKAITAN: Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah

Sebaliknya, keedua-dua orang tuanya mendesak supaya terdapat dokumen perjanjian atau 'surat kuasa' yang menyatakan harta diserahkan kepadanya selepas mereka meninggal dunia.

"Ibu bapa saya nak buat hitam putih (dokumen) siap-siap masa masih hidup supaya nanti yang lain (saudara mara) tak boleh tuntut apa-apa sekiranya mereka meninggal.

"Saya sayang mak ayah saya... sekarang mereka dah tua dan tak berapa sihat macam dulu, kena ulang alik ke hospital.

"Saya jaga mereka sendirian tanpa bantuan sesiapa, nak kerja kat luar pun susah sebab tak ada yang boleh uruskan... jadi saya buat kerja online dan ambil tempahan kenduri," tambahnya sambil mengakui letih dengan situasi dihadapi.

Suruh ibu bapa angkat tu buat hibah bersyarat, selagi mak ayah ada harta tetap akan jadi milik mereka.

WARGA MAYA

Mendedahkan serba sedikit punca hantaran itu dibuat, ujar lelaki ini, ia disebabkan bapa angkatnya pernah ditipu oleh adik beradik yang lain berhubung penjualan tanah pusaka milik datuknya.

"Ayah anak sulung, adik beradik ayah semua lelaki. Suatu hari ayah ada bagitahu yang dia ada tanah, salah satu milik atuk seluas 15 relung.

"Tapi adik beradik ayah tipu dan jual tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Jadi, (disebabkan perkara itu) hubungan ayah dan adik-adiknya jadi renggang," tambahnya yang turut tidak mengenali adik beradik sebelah ayahnya.

Menurut lelaki ini, perkara sama turut berlaku kepada ibunya yang mana pada awalnya pembahagian harta dilakukan atas persetujuan adik beradik tanpa melibatkan sebarang dokumen rasmi.

Segelintir warga maya meluahkan kebimbangan sekiranya lelaki ini tidak mengenang jasa selepas peroleh harta.

Segelintir warga maya bimbang sekiranya lelaki ini tidak mengenang jasa selepas peroleh harta.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, pakcik saudaranya datang menuntut harta pusaka kerana merasakan pembahagian tidak adil dan dia perlu diberikan nilai yang lebih.

"Keadaan itu menyebabkan mak dan adik-beradiknya yang lain terpaksa mengumpul semula bahagian yang perlu diberikan kepada abang mereka," katanya lagi.

Tambah lelaki ini, situasi yang menimpa kedua-dua orang tuanya itu menyebabkan mereka bimbang sekiranya kejadian rebut harta pusaka berulang dan dia dinafikan hak kerana berstatus anak angkat.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya.

Bagaimanapun, selain memberi pandangan serta berkongsi kaedah, kebanyakan netizen mengecamnya dan meluahkan kebimbangan sekiranya dia tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak apabila mendapat harta.

"Sebenarnya baik anak angkat atau anak kandung... kalau kena yang tak mengenang jasa, memang tak mengenang jasa. Jangan perjudis pada anak angkat.

"Suruh ibu bapa angkat tu buat hibah bersyarat, selagi mak ayah ada harta tetap akan jadi milik mereka, selepas meninggal barulah harta tu jadi milik anda.

"Pergi amanah raya. Ada perkhidmatan untuk buat hibah atau boleh juga dapatkan nasihat untuk tukar nama rumah atau tanah dengan menggunaakan kaedah borang 14a," beberapa warga maya memberi cadangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain