SINONIM sebagai tempat luahan perasaan, media sosial juga sering dijadikan platform untuk bisnes dan mempromosikan produk mahupun perkhidmatan. Kewujudan pelbagai aplikasi memudahkan lagi urusan perniagaan dijalankan selain membantu mendapatkan lebih ramai pelanggan. Bak kata sesetengah pempengaruh media sosial, 'kena rajin update' supaya sentiasa dikenali. Melakukan perkara sama, seorang wanita yang menawarkan perkhidmatan mengemas rumah di beberapa lokasi sekitar Terengganu berkongsi pengalamannya mendapatkan pelanggan menerusi media sosial. Mempromosikan produk atau perkhidmatan di media sosial dapat membantu menambahkan pelanggan. -Gambar hiasan Bagaimanapun, tanpa diduga usaha yang dilakukan itu turut mendapat perhatian 'pesaing' sehingga cuba mengambil kesempatan. "Kita struggle nak cari pelanggan kak, up situ sini nak dapatkan pelanggan tapi kak senang je (minta pelanggan). "Saya doakan kak murah rezeki dan mudah segala urusan ye, saya tahu kak akan tengok posting ni," ujarnya menerusi akaun Helper Imah di laman Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa wang tunai, barang kemas bernilai 60k dalam rumah tinggal... Jiran-jiran buka cerita, arwah tak berkira hal duit ARTIKEL BERKAITAN: Tukang cuci homestay hanya mampu berzikir, tahan marah dapat customer tak guna... Najis pun tak flush! Menerusi tangkap layar perbualan yang dipaparkan bersama postingnya, individu terbabit tanpa segan silu meminta dia berkongsi pelanggan yang diperoleh kerana sering melihat promosi yang dilakukan. Dia turut mengakui telah berkecimpung dalam perkhidmatan pembersihan selama empat tahun, namun sejak kebelakangan ini tidak mendapat ramai pelanggan. "Salam dik, ada kerja tak? Kak nak kerja kemas, duduk Marang (Terengganu). Kak dah empat tahun kerja kemas ni, tapi sekarang tak banyak. Mudahnya dia nak dapatkan pelanggan, sendiri malas promosi kemudian minta hak orang. WARGA MAYA "Tengok adik selalu promosi, mesti banyak pelanggan, boleh bagi kak sikit," ujarnya menerusi perbualan WhatsApp. Menyedari permintaannya itu ditolak, wanita tersebut kemudiannya memberitahu dia sebenarnya telah dikenali ramai, cuma malas untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di media sosial. Malah, dia turut memberi 'tazkirah' kepada Helper Imah supaya saling berkongsi rezeki dan tidak kedekut. Segelintir warga maya kurang bersetuju dengan cara jawapannya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya mengecam tindakan wanita terbabit yang dianggap cuba mengambil kesempatan atas usaha orang lain. "Cari pelanggan pun malas, tak payah dapat duit... pelik perangai ni. "Kalau dah malas, makanlah hasil malas tu. Nak hasil kena usaha lebih dan rajin. "Mudahnya dia nak dapatkan pelanggan, sendiri malas promosi kemudian minta hak orang. Ni orang cakap pemalas dan nak disuap je," ujar beberapa warga maya. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menegur cara Helper Imah membalas mesej wanita terbabit supaya lebih lembut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube