KESELESAAN dan ketenangan yang dirasai menyebabkan ada individu mahu terus kekal mendiami sesebuah rumah atau kawasan tanpa berfikir untuk berpindah.. Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah tentang penyewa rumah yang enggan berpindah keluar walaupun sudah diarahkan pemilik. Memulakan cerita, ujarnya, situasi itu berlaku kepada rakannya yang berstatus ibu tunggal dan menetap di kawasan Felda. "Saya bertanya bagi pihak kawan yang merupakan seorang balu suri rumah dan tinggal di felda," katanya. Setiap individu ingin memiliki kediaman sendiri. -Gambar hiasan Menurut wanita ini, masalah membabitkan penyewa rumah mula timbul selepas suami kepada rakannya meninggal dunia pada Mei lalu. Bercerita lanjut mengenai situasi dialami, ujarnya, ia berpunca daripada sikap penyewa terbabit yang bertegas mahu membeli rumah sewa yang sedang didiami. Pelayar Facebook ini menjelaskan, rakannya telah memaklumkan bahawa kediaman tersebut tidak akan dijual kerana ingin dijadikan sebagai sumber pendapatan. ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga bina rumah, 40 tahun duduk free atas tanah orang lain! Bertuah owner bagi wang ihsan lepas suruh pindah ARTIKEL BERKAITAN: Bil air naik lebih RM400, rupanya paip bocor... Penyewa susah hati pemilik rumah lepas tangan! - “Pandai duduk, pandai tanggung” "Penyewa menuntut rumah dijual kepada dia dan dia enggan memberikan kerjasama selepas dimaklumkan rumah tidak dijual. "Rakan saya tiada punca pendapatan yang lain," tambahnya lagi. Gara-gara ketegasan rakannya itu, penyewa terbabit tidak membuat bayaran sewa bulanan seperti yang sepatutnya. Potong air dan bekalan elektrik dulu, balu ada hak untuk tidak jualkan rumah. WARGA MAYA Malah sehingga kini, bayaran sewaan telah tertunggak selama empat bulan. Lebih menghairankan apabila penyewa itu juga tidak mempedulikan setiap panggilan telefon mahupun mesej yang dihantar oleh tuan rumah. "WhatsApp tak dibaca, bila waris hubungi pun dia tak beri kerjasama," katanya sambil meminta nasihat dan cara terbaik untuk menyuruh penyewa tersebut keluar. Pertanyaan yang dibuat dalam halaman Facebook Tanya Peguam ini mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Warga maya tampil memberi cadangan masing-masing. Kebanyakannya mencadangkan supaya ibu tunggal terbabit membuat pemotongan elektrik dan air di kediaman tersebut. "Sebelum bil elektrik dan air banyak, potong dulu. "Potong air dan bekalan elektrik dulu, balu ada hak untuk tidak jualkan rumah. "Pening dengan perangai penyewa yang makin advance dan tak tahu malu ni. "Rasanya elok hantar notis minta bayar tunggakan sewa dulu. Nyatakan juga tempoh masa yang sesuai untuk penyewa keluar dari rumah dan kalau tak keluar juga boleh lapor polis," demikian antara cadangan warga maya. Dalam pada itu, beberapa pakar perundangan turut meninggalkan komen dan meminta wanita terbabit untuk melantik peguam bertauliah supaya dapat menghantar writ pemilikan kepada penyewa terbabit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube