RUMAH tangga harmoni memerlukan suami isteri untuk bertolak ansur dan ada yang mengalah apabila berlaku ketegangan. Sikap keras kepala dan hanya ingin menangkan diri sendiri hanya akan menimbulkan masalah dalam institusi kekeluargaan seterusnya berlaku penceraian. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita menjadi saksi kepada tindakan biadab seorang suami terhadap isteri ketika di kaunter bayaran. Hal kewangan sering menjadi topik perbahasan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia tercengang apabila mencuri dengar kata-kata lelaki itu terhadap isteri yang sungguh kasar bunyinya. "Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku terkedu apabila dengar perbualan seorang pelanggan lelaki ni waktu nak bayar barang. Kisahnya macam ni, lelaki tu pada awalnya suruh isteri bayar menggunakan kad dia. "Tapi isterinya tak mahu, diminta suami juga untuk bayarkan. Lepas tu suaminya pun mengeluh macam ni, kad aku juga ke nak guna c*b*i. Takutnya weh dengar, padahal jumlah semua RM12 je. ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran bincang bab pengasuh, suruh isteri ‘resign’ jaga anak! Wanita kerja ‘gomen’ resah fikir hutang rumah, 2 buah kereta ARTIKEL BERKAITAN: Susahnya hidup dapat suami belum ‘putus susu’! Semua ikut telunjuk mak walau dah lama kahwin, isteri tak boleh bersuara "Semoga kita mendapat pasangan yang tak berkira. Nasib baik la kawan dan kenalan dalam kumpulan aku semuanya pemurah kalau bab duit," ujar wanita itu. Tambah wanita itu, rakannya masing-masing mempercayai rezeki akan dimurahkan sekiranya sering memberi. "Macam dengan kawan-kawan aku, kalau hari ni aku bayarkan untuk kau, esoknya kau bayar semula, tak cukup jumlah pun tak mengapa. Saya sangat anti kalau dengar lelaki cakap guna 'aku' dan 'kau' dengan isteri. Tolonglah ada rasa hormat sikit. WARGA MAYA "Kami yakin rezeki akan terus-menerus mengalir kalau kita tak berkira dengan orang terdekat," katanya menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa kesal dengan sikap suami tersebut. "Gagal sebagai seorang suami, setakat RM12 pun dah baran macam tu, sampai tergamak berkata kesat kepada isteri. Di khalayak ramai pula tu, tak tahu la kalau dekat rumah atau tempat tertutup macam mana lagi perangai dia. Pelayar bertukar pandangan. "Walaupun saya bukan isteri lelaki tu, tapi sebagai wanita, saya rasa terkilan sangat apabila ada kaum kita dipijak-pijak macam ni. Kepada sis yang diherdik suami tu, cubalah cari jalan untuk keluar daripada perkahwinan toksik. "Saya sangat anti kalau dengar lelaki cakap guna 'aku' dan 'kau' dengan isteri. Tolonglah ada rasa hormat sikit, isteri tu bukan kawan tapi peneman sehidup semati. "Kita hanya tahu secebis je daripada kisah rumah tangga mereka, jangan terburu-buru menghakimi, mungkin si isteri terlalu boros berbelanja selama ni sampai suami hilang sabar. Pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin," demikian kata beberapa pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube