IKATAN perkahwinan boleh dibubarkan dengan hanya sekali lafaz cerai. Bagaimanapun, sesetengah pasangan perlu melalui proses mahkamah sehingga bertahun-tahun disebabkan terdapatnya tuntutan mahupun isu berbangkit sepanjang tempoh perkahwinan. Bagi mereka yang 'tersakiti', kebanyakannya sanggup berjuang mempertahankan hak masing-masing meskipun terpaksa turun naik mahkamah untuk tempoh yang lama. Menerusi hantaran di Facebook, seorang lelaki yang enggan identitinya didedahkan menzahirkan rasa gembira apabila usaha untuk mempertahankan haknya daripada dirampas bekas isteri membuahkan hasil. Penceraian adalah jalan terakhir dalam perkahwinan. -Gambar hiasan "Ada berita gembira nak share dengan semua. Semalam aku dapat keputusan yang menggembirakan dari mahkamah syariah," coretnya di laman Facebook. Bagi lelaki ini, meskipun terpaksa turun naik mahkamah untuk tempoh hampir tiga tahun, namun usahanya berbaloi apabila mahkamah syariah menolak permohonan bekas isterinya untuk mendapatkan harta sepencarian berupa enam buah chalet. Menurutnya, perniagaan inap desa yang diusahakan itu bukan sahaja dibuat sebelum berkahwin dengan wanita itu, malah ia dibina atas usahasama bersama arwah bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib suami kerja ‘offshore', gaji RM50,000 pun isteri tak nak layan... Tiba-tiba minta cerai, tuntut 50 peratus harta sepencarian ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terhegeh-hegeh, cuba bermacam helah nak balik dekat bekas suami... ‘Lupa’ dulu curang dengan laki orang "Tuntutan harta sepencarian yang dibuat oleh bekas isteri ditolak. Dia tuntut enam buah chalet sebagai harta sepencarian, tapi semua tak dapat. Alhamdulillah," luahnya. Mengimbau kembali 'perjuangan' sepanjang proses penceraian, ujar lelaki ini, dia mula mendapatkan khidmat peguam syarie selepas mendapati bekas isterinya turut membuat tuntutan tunggakan nafkah sebanyak RM50,000 selain harta sepencarian. "Kemudian, dia buat permohonan tunggakan nafkah sebanyak RM50,000. Atas bantuan peguam, mahkamah perintahkan aku bayar RM3,000 je sebab peguam berjaya buktikan dia nusyuz. "Apabila dia failkan tunggakan nafkah, memang aku lantik peguam sebab dia keluar tanpa izin dan minta jumlah yang banyak," jelasnya memperincikan jumlah tuntutan. RM3,000 tu pun tak layak kalau dah nusyuz, apa-apa pun tahniah. WARGA MAYA Meskipun gembira dengan keputusan mahkamah, namun lelaki ini turut menzahirkan rasa terkilan kerana keluarga mentua bersengkokol dengan perbuatan isteri selain tidak berusaha menasihati wanita terbabit daripada nusyuz. Katanya, bekas isteirnya telah keluar rumah tanpa izin selama hampir dua tahun dan ingkar arahan untuk pulang meskipun berpuluh-puluh mesej dihantar. "Dekat dua tahun dia tak balik walaupun berpuluh-puluh mesej arahkan dia balik, tahu-tahu dia failkan cerai sahaja. "Masa cerai tu memang aku tak tahu apa dan tak pandai bab ni, aku turutkan sebab dia nak sangat cerai... sepanjang dia keluar tu memang aku tak pernah bagi nafkah," tambahnya. Warga maya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya mempertahankan hak. Malah katanya, bekas isteri juga mempunyai lelaki lain sehingga sanggup meninggalkannya begitu sahaja. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kerana dia berjaya mempertahankan hak daripada dirampas bekas isteri yang curang. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman melalui proses sama di mahkamah dan meminta tip untuk menang kes. "Tahniah bro, semoga apa yang dikecapi ni jadi tauladan dan pengajaran pada semua. "RM3,000 tu pun tak layak kalau dah nusyuz, apa-apa pun tahniah. "Tahniah buat tuan, jika tak keberatan boleh kongsikan berkenaan nusyuz isteri," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube