SABAN tahun kita menyaksikan penganjuran Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang memberi pengiktirafan kepada pegawai dalam perkhidmatan awam. Tidak terkecuali golongan guru yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya dalam pendidikan secara khususnya. Sesuai dengan nama 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang', maka pengiktirafan tersebut seharusnya layak diberikan kepada pendidik mahupun penjawat awam yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Peranan guru mendidik murid-murid wajar diberi pengiktirafan. -Gambar hiasan Namun bekas guru, Mohd Fadli Salleh membuat pendedahan mengenai kekecewaan seorang rakannya yang bergelar pendidik kerana mendakwa dia tidak berpeluang untuk menerima anugerah tersebut walaupun berkelayakan. "Kelmarin seorang kawan mengeluh. Markah prestasi dia tinggi ya amat, selayaknya dia dapat markah itu sebab memang orangnya cukup berdedikasi apabila buat tugasan. "Banyak program dia rangka dan jayakan. Kalau tak silap, markah dia paling tinggi berbanding rakan sejawat yang lain. "Namun pentadbir (sekolah) panggil dan bisik kepadanya, 'Maaf ya cikgu. Kami calonkan orang lain untuk APC. Dia dah berbelas tahun berkhidmat tapi belum pernah dapat APC. Cikgu baru tiga tahun di sini'," tulis Mohd Fadli di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab! ARTIKEL BERKAITAN: Kunci tandas sekolah hilang, guru didakwa suruh 4 pelajar gagau lubang jamban cari sampai jumpa Pempengaruh media sosial yang turut dikenali sebagai Cikgu Fadli itu mendakwa, situasi seumpama itu bukan pertama kali berlaku, sebaliknya sudah banyak kali terjadi di seluruh negara membabitkan guru yang layak diberi pengiktirafan tetapi 'terlepas' untuk menerimanya. "Guru baharu yang sangat cemerlang, kerja buat, mereka tidak dicalonkan dengan sebab baru bertugas. Bagi peluang pada yang lebih lama tapi tak pernah dapat. "Anugerah itu namanya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Hanya yang cemerlang layak terima tak kira baharu ke lama," ujarnya tanpa mendedahkan sekolah berkenaan. Murid-murid mendapat bimbingan daripada guru di sekolah. -Gambar hiasan Jika benar-benar mahu mengiktiraf guru-guru berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka yang lebih lama, kata Cikgu Fadli, ia boleh diberikan menerusi pengenalan anugerah lain. "Kalau nak bagi anugerah berdasarkan senioriti, buat satu lagi kategori iaitu Anugerah Guru Paling Berpengalaman. "Anugerah itu bagi la mengikut senioriti.. Tapi APC wajib dapat kat yang benar-benar cemerlang sahaja. "Kerja bukan makin fokus, buat pelbagai aktiviti tambahan, duit poket dan masa banyak diluangkan, akhirnya nama yang biasa-biasa naik dengan alasan lama (berkhidmat). Hilang motivasi dan semangat orang. Mana aci gitu," katanya lagi. Takut tahun depan, guru tu demotivated (hilang semangat). Malas dah nak buat program lebih-lebih. WARGA MAYA Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), salah satu kelayakan bagi penerima APC adalah individu tersebut sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. Selain itu, turut menjadi pertimbangan bagi pemberian APC adalah memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sebanyak 85 peratus dan ke atas, serta bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. Seorang lelaki meluahkan kekecewaannya. -Gambar hiasan Menerusi hantaran sama, terdapat cadangan yang diusulkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar pengiktirafan seperti Anugerah Guru Berpengalaman (AGB) diwujudkan khusus untuk mereka yang sudah lama berkhidmat dalam bidang perguruan. "KPM kena buat AGB setiap tahun. Baru calon APC tak dengar alasan, 'Kami bagi Cikgu A tahun ini sebab dah lama kerja, tapi tak pernah terima APC. "Lepas ni APC khas untuk betul-betul cemerlang. Yang veteran bagi AGB. Selesai," menurut cadangan berkenaan. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan cadangan Cikgu Fadli kerana dikhuatiri situasi itu boleh menghilangkan semangat guru-guru yang benar-benar berdedikasi dan cemerlang. "Takut tahun depan, guru tu demotivated (hilang semangat). Malas dah nak buat program lebih-lebih. "Kalau senior tu jenis buat kerja juga tak apa lah. Tapi jenis senior yang duduk goyang kaki bila tiba masa kerja, bising memanjang lepas tu dapat APC. "Setuju, APC pada yang layak. Bukan pada tahap lamanya dia dalam perkhidmatan tapi lemau lemah gemalai dia dalam apa-apa penglibatan," komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube