JODOH ada kalanya tidak datang bergolek dan perlu dicari menerusi perkenalan dengan orang baharu. Namun mengenali seseorang itu bukannya mudah, tambahan pula jika tidak diketahui niat sebenar yang tersimpan di dalam hati. Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita menceritakan pengalamannya nyaris dianiaya ketika berada dalam hubungan romantis dengan jejaka yang bekerja sektor di awam. Remuk hati ini sekiranya hasil kerja keras diberikan kepada orang yang salah. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, mereka menetap berjauhan antara satu sama lain dan masih belum berpeluang bersua muka, hanya mampu berhubung secara atas talian. "Aku kenal dia menerusi aplikasi janji temu, dia merupakan seorang penjawat awam Gred 48, kira stabil la kan. Pada mulanya semua okay je, kami berada dalam fasa mengenali antara satu sama lain (talking stage) selama dua minggu. "Dalam dua bulan selepas tu, apabila dah selesa sikit, kami mula buat panggilan video. Waktu ni dia dah berani panggil aku sayang dan pelbagai lagi panggilan manja. ARTIKEL BERKAITAN: Janji ganti ‘online transfer’, tapi tunjuk resit palsu! Wanita hilang RM1,500 diperdaya lelaki reka cerita kad bank ‘ditelan’ ATM ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicekup edit resit! Beli jam RM54 tapi cuma 'transfer' 1 sen, dedah dah ramai kawan buat tapi tak kantoi "Tiba-tiba ada satu hari tu, dia hubungi aku cakap tengah ada masalah. Katanya kecemasan, nak minta pinjam RM2,000. Waktu ni aku dah timbul rasa curiga, sudahlah kami tak pernah berjumpa. "Nasib baik aku masih bijak, aku dapat hidu yang dia ni macam nak tipu aku. Aku pun bertegas tak nak bagi sebab lebih sayang dekat duit ni," ujar wanita berkenaan teguh pendirian. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya cuba meneka umur lelaki terbabit. Ini semua taktik lama nak memperdaya wanita, tapi masih ada sesetengah yang mudah terjerat. WARGA MAYA "Gred 48 sepatutnya sekitar usia pertengahan macam tu, dalam hujung 30-an, dah umur bapa-bapa. "Kalau nak tahu satu benda pasal lelaki, tak kisah la terdesak macam mana sekalipun, kami sangat segan nak pinjam duit daripada perempuan, lagi-lagi pasangan sendiri. Pelayar bertukar pandangan. "Besar kemungkinan lelaki tu hanya nak mempergunakan sis, nasib baik awak bijak. Tolonglah jangan sewenang-wenangnya bagi duit dekat orang yang kita tak berapa rapat. "Ini semua taktik lama nak memperdaya wanita, tapi masih ada sesetengah yang mudah terjerat," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube