suria

Pemuda tengah panjat pokok tualang terkejut gerak-geri diperhati pak belang... Ketar lutut bunyi mengaum kelaparan!

Video yang dikongsi Fahad meraih jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

INDIVIDU yang berhati kering sahaja mampu melakukan pekerjaan sebagai pengutip madu lebah.

Selain 'berperang' dengan ribuan lebah, mereka juga perlu memanjat pokok tualang yang tinggi demi mencari rezeki buat diri dan keluarga.

Terbaharu, seorang YouTuber yang juga pengembara hutan tular selepas dia berkongsi video sedang memanjat pokok untuk mendapatkan madu lebah.

fahad 2

Fahad menyedari kehadiran tiga ekor harimau ketika sedang memanjat pokok.

Menerusi video di TikTok, Fahad MK yang sedang memanjat pokok terpaksa mendiamkan diri seketika apabila menyedari gerak-gerinya sedang diperhatikan sang harimau.

"Ketinggian maut! Sebenarnya dekat bawah tu ada harimau tengah intai saya. Siap ada anak kecil sekali dua ekor kalau tak salah tengok.

"Nak cerita, panjang sangat. Biarlah menjadi pengalaman ngeri diri sendiri," ujar Fahad menerusi video tular itu yang meraih lebih 1.9 juta tontonan.

Sebenarnya dekat bawah tu ada harimau tengah intai saya.

FAHAD MK

PENCARI MADU

Menurutnya lagi, dia tidak sempat merakam video harimau itu memandangkan ia sedang memburu haiwan lain di kawasan berkenaan.

"Dekat bawah tu banyak binatang buas. Waktu dah panjat separuh, saya perasan ia ada kat bawah tengah pandang.

"Tiba-tiba ia berlari macam kejar sesuatu. Kalau tak salah, mungkin kejar babi hutan atau rusa," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis, kucing kesayangan meronta sebelum dimakan harimau! Pemilik risau lepas ni orang kampung pula kena baham

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita balik kampung jumpa harimau! Bawa jalan-jalan, suap makan dan berpelukan... Suami kecut perut tengok

Menerusi video itu, bunyi harimau berkenaan dapat didengari dengan jelas, seolah-olah ia berada tidak jauh daripada pokok yang sedang dipanjat Fahad.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa takut melihat situasi yang dihadapi Fahad.

"Jantung aku tiba-tiba hilang kejap. Nasib baik ada balik.

"Ya Allah seramnya. Dengan tinggi lagi, dengan harimau lagi," tulis netizen.

fahad 1

Antara video yang pernah dikongsi Fahad menerusi YouTube.

Selain gayat melihat Fahad berada di tempat tinggi, netizen turut meluahkan rasa kagum terhadap mereka yang bekerja sebagai pengutip madu lebah.

"Sebab itulah apabila beli madu tualang aku tak sampai hati nak minta kurang harga. Sebab tahu risiko macam ini.

"Apabila tengok orang ambil madu tualang, Ya Allah, gerunnya. Nyawa dipertaruhkan... semoga umur panjang, rezeki melimpah ruah.

"Patutlah madu kelulut mahal. Bahaya ni abang," tulis beberapa netizen lagi.

Untuk rekod, Fahad sebelum ini banyak berkongsi video pengembaraan berunsurkan mistik dan misteri menerusi platform YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain