suria

Pekerja penghantaran terpaksa bawa senjata keluar kerja, risau ancaman jenayah! - “Aku jenis ‘cedok’ sampai lewat pagi”

Pekerja penghantaran berdepan risiko keselamatan khususnya pada waktu malam. -Gambar hiasan

PEKERJA penghantaran berdepan pelbagai risiko keselamatan ketika keluar mencari rezeki.

Selain terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya, ada dalam kalangan rider turut menjadi mangsa samun.

Sehubungan itu, seorang individu dikenali sebagai Angah membuat video pesanan kepada pekerja penghantaran menerusi TikTok.

A food delivery rider was seen holding the food wrapped with single use plastic bags at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Rider dinasihati agar tidak membawa wang tunai yang banyak ketika bekerja. -Gambar hiasan

Dalam video tular itu, Angah berpesan kepada rider agar tidak membawa wang tunai yang banyak, khususnya pada waktu malam.

"Okey guys, pada rider yang bekerja waktu malam, apa yang aku boleh nasihat, yang pertama, barang berharga anda kena jaga sebaik mungkin.

"Yang kedua, kalau boleh duit bawa minimum RM20 untuk minyak dan rokok. Yang selebihnya letak dalam bank," ujar pemuda itu.

Standby senjata kat motor, untuk keselamatan... sebab aku jenis suka 'cedok' sampai lewat pagi.

PEKERJA PENGHANTAR MAKANAN

Malah, dia turut menasihat rakan penghantar yang lain agar berwaspada dengan taktik licik penyamun.

"Kita tak tahu apa yang nak jadi pada waktu tengah malam. Penyamun ke apa ke, kena hati-hatilah. Apa yang boleh aku nasihat, itu je la.

"Yang ketiga, kalau nampak orang tengah tunda motor, tengok waktu, janganlah (terutamanya) di tempat gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes makanan tak berbaloi, wanita ini pilih jadi ‘rider’ penghantaran... Teruja bakal sertai perarakan merdeka!

ARTIKEL BERKAITAN: Rider lalui hari ‘malang’, serba serbi tak kena dalam sehari... Nak solat pun ada halangan, akhirnya dapat rasai hikmah ujian

"Kadang-kadang ia mungkin taktik orang untuk samun. Dia banyak cara. Selamat kejar order, kejarlah order sampai lebam," pesannya lagi.

Video itu meraih hampir 300,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani pelbagai komen daripada pekerja penghantaran.

Selain berkongsi tip dan doa memohon perlindungan, seorang rider turut mengaku membawa senjata ketika bekerja waktu malam.

komen

Antara komen-komen pada hantaran tular itu.

"Zaman aku rider dulu, hanya bawa salinan MyKad je sebab takut kena samun.

"Saya standby senjata kat motor, untuk keselamatan. Sebab aku jenis suka 'cedok' sampai lewat pagi. Salah ke aku?

"Aku rider pun cash pegang RM10 je. Lebih RM50 terus masuk bank.

"Satu lagi, minyak motor jangan bagi low. Amalkan isi sampai penuh," tulis beberapa rider lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain