suria

Wanita puas makan sayur, minum jus segar murah di luar negara... Sedih kenang makanan Malaysia, semua nak tambah ‘cheese’ leleh

Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. -Gambar hiasan

KETIKA merantau ke negara orang, pasti ada perkara tertentu yang akan dibandingkan dengan tanah air sendiri.

Terdetik di sudut hati mengapa aspek tersebut tidak dapat direalisasikan di negara tercinta, seakan-akan rasa ketinggalan pula sebagai rakyat Malaysia.

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita yang berkunjung ke Vietnam berkongsi rasa kagum apabila melihat lambakan makanan sihat dan berkhasiat dijual di negara berkenaan.

Makanan yang berminyak mempunyai rasa lebih lazat sekali gus menjadi pilihan orang ramai. -Gambar hiasan

"Dah 12 hari saya di Vietnam, nampaklah betapa tak sihatnya makanan dekat Malaysia. Di sini banyak air buah dan makanan berasaskan sayur, bukannya air minuman bubble tea je.

"Balik negara kita, nak minum air teh O pun manis. Di Vietnam ni, air buah oren dan markisa cuma berharga RM4 dalam duit mereka.

"Patutlah negara kita di kedudukan kedua dalam Asia Tenggara yang rakyatnya paling ramai badan obes," ujarnya seakan-akan cemburu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider dianiya pelancong China! Pesan makanan COD tapi tiada tunai, pura-pura nak bayar guna Alipay sebelum lesap

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih buat majlis perpisahan ‘ikut tekak’ orang Malaysia, tempah 600 cucuk sate! Tauke dilayan mesra, tetamu beri tepukan

Dalam pada itu, seorang warga maya tampil memberikan perspektif berbeza mengenai perbandingan yang dibangkitkan wanita berkenaan.

"Sebenarnya makanan di Malaysia ni sihat je, tapi kita yang jadikannya tak sihat. Contoh saya bagi, keropok lekor yang sepatutnya boleh rebus, kita pergi goreng. Tak cukup setakat digoreng, kita tambah keju pula.

"Satu lagi nasi lemak, kalau ikutkan ia adalah juadah yang seimbang, ada semua iaitu karbohidrat, serat dan juga protein. Tapi kita pula pergi tambah lauk goreng-gorengan dan tambahkan lagi jumlah nasi.

Sebenarnya makanan di Malaysia ni sihat je, tapi kita yang jadikannya tak sihat.

WARGA MAYA

"Pada pendapat saya, kita kena pastikan makanan sihat senang diperoleh dan harganya pun berpatutan, sebab makanan sihat ni harganya boleh tahan mahal.

"Itulah faktor ramai cenderung pilih makanan tak berapa sihat, kerana harganya murah dan mengenyangkan," jelasnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, pelayar juga menyokong pandangan yang diketengahkan.

Pelayar melangsungkan perbincangan.

"Nasi lemak waktu zaman dulu seingat saya adalah makanan yang sihat sebab datang sekali dengan sayur kangkung, selain sambalnya juga tak berapa manis macam sekarang.

"Perkara ni semakin tenat apabila ramai pempengaruh suka buat konten ambil makanan menggunung di kedai, memang tak masuk akal punya banyak. Lama-kelamaan orang akan anggap benda tu normal walaupun sudah tentunya tidak.

"Waktu makan juga memainkan peranan, kalau dah pukul 12 tengah malam masih melantak nasi lemak dan roti canai, memang tak ke mana la jadinya," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain