BERMULA dengan niat mahu menggandakan wang simpanan dalam tempoh singkat, namun akhirnya peserta skim cepat kaya terpaksa menanggung padah. Turut terjebak dengan masalah sama adalah seorang pengguna Facebook apabila yang mengakui pernah terjerat dengan sebuah agensi skim cepat kaya pada 2017. Namun, individu itu tidak menyangka isu berkenaan kembali menghantui hidupnya apabila dia didakwa melakukan penipuan membabitkan wang ringgit dan dikaitkan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "Saya dituduh menipu duit orang sebanyak RM45,000. Orang tu ada bukti transaksi ke akaun saya pada tahun 2017. Ramai individu pernah menjadi mangsa penipuan skim pelaburan. "Yang saya pelik pada tahun tu, saya tak terima langsung duit tu... tak tahu ada duit masuk ke akaun saya. Tapi si pengadu ada bukti resit (transaksi). "Memang atas akaun dan nama saya. Saya tak kenal pun si pengadu. Mengikut laporan polis dia tinggal di Kuala Lumpur. Report pun dibuka di balai polis di sana," ujarnya menerusi grup Tanya Peguam di Facebook. Tambah individu berkenaan, kesilapannya menyertai skim cepat kaya yang dipercayai berbentuk multi-level marketing (MLM) menjerumuskannya ke lembah hutang. Namun dakwanya, dia sudah melangsaikan segala hutang berkaitan mengikut pengetahuannya. ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas putih mata simpanan hampir RM3.5 juta lesap ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik rugi beribu ringgit, tak makan nasihat pula... anak dalam dilema ibu ‘ketagih teruk’ nak cepat kaya "Memang dulu saya ada tersilap langkah sertai skim cepat kaya. Masa tu umur baru 20-an. "Saya sudah ganti duit orang yang saya kenal. Saya pun tak nak salahkan sesiapa. "Memang salah diri saya sebab tak fikir panjang masuk skim cepat kaya ni," jelasnya lagi. Hantaran yang dikongsikan individu itu meraih perhatian netizen kerana terkejut bagaimana dia boleh didakwa sekiranya benar segala hutang yang dinyatakan sudah dilangsaikan. Dulu saya ada tersilap langkah sertai skim cepat kaya. Masa tu umur baru 20-an. PENGADU Justeru rata-ratanya meminta individu berkenaan mendapatkan nasihat Pegawai Penyiasat PDRM untuk tindakan selanjutnya. "Pergi dahulu bank yang berkenaan dan minta keluarkan penyata pada tahun 2017. Kemudian hubungi pegawai polis yang terbabit dan buat semakan balik. "Bincang dengan IO (Investigation Officer), anda jangan larikan diri daripada perkara begini. Kelak akan menyusahkan diri semula. "Berani hadapi kenyataan kerana kesalahan lampau, kemungkinan IO boleh tolong daripada kesalahan Seksyen 420 Kanun Keseksaan ke seksyen lebih ringan. Berbincang dahulu," komen salah seorang netizen. Komen netizen di Facebook. Untuk makluman, antara aktiviti skim cepat kaya ialah pengambilan deposit secara haram atau menjalankan urus niaga mata wang asing tanpa kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW). Kesalahan boleh membawa hukuman dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sekiranya tertuduh memilih untuk mengaku bersalah atau disabitkan kesalahan selepas tamat perbicaraan, individu itu boleh dihukum dengan satu tempoh pemenjaraan tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube