CABARAN hidup ketika ini menyebabkan ramai nekad membuat pinjaman peribadi (personal loan) bagi menanggung kos sara hidup yang tinggi. Namun sebab yang paling popular kebanyakan adalah untuk melunaskan hutang sama ada untuk diri sendiri ataupun ahli keluarga. Berlainan pula dengan kisah dikongsikan seorang individu ini yang mendedahkan dia tersilap langkah menyalahgunakan kemudahan pinjaman peribadi sehingga akhirnya terbelit hutang yang tidak berkesudahan. "Dulu dengar teruja nak pinjam... nak rasa pegang duit banyak sebab mudah buat dan ada kelayakan. "Tapi itulah titik penyesalan sebab salah guna kemudahan personal loan. "Bermula RM50,000, apabila dah habis saya bawa overlap ke bank lain tambah lagi sikit-sikit RM10,000 atau RM20,000 selagi ada kelayakan," tulisnya yang merupakan seorang kakitangan kerajaan pada perkongsian di sebuah laman grup Facebook. Ada segelintir individu membuat pinjaman peribadi kerana mahu merasa nikmat memegang wang yang banyak. -Gambar hiasan Tambah individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, keghairahannya membuat pinjaman peribadi di bank-bank yang berbeza menyaksikan akhirnya hutang terkumpul berjumlah sehingga RM200,000. Bagaimanapun ujarnya, apa yang membuatkan dia menyesal adalah kerana tidak memanfaatkan pinjaman berkenaan untuk tujuan penting. ARTIKEL BERKAITAN: Angkara personal loan, kerja ‘gomen’ 10 tahun gaji bersih cuma RM600! Wanita nak jadi pengasuh, malu rakan ofis tahu bakal muflis ARTIKEL BERKAITAN: ‘Seram’ anak muda sanggup buat personal loan demi ‘dunia tipu-tipu’! Tunjuk kaya beli barang mewah, pergi melancong "Apabila dah habis duit, bukan guna untuk apa pun... habis macam tu sebab tak ada perancangan guna untuk apa. "Sekarang sebab tinggi bulanan nak bayar, mohon restructure dengan bank. Bayarlah sampai habis. "Pengajarannya, selagi tak ada keperluan yang sangat mendesak, jangan sesekali buat personal loan. Boleh membebankan diri," tulisnya lagi. Buat loan jika benda penting ja. Contoh buat rumah. Sayangnya RM200,000 tu dah boleh beli tanah dan buat rumah. NETIZEN Perkongsian individu berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen. Selain memberi nasihat, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika pernah terjerat masalah hutang agar dapat dijadikan pengajaran bersama. Sebahagian reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Aku kerja swasta, dulu start kerja gaji minimum RM1,500 dah boleh pakai kad kredit. Apply tiga bank semua dapat. Bermula episod hitam. Makin lama hutang makin besar, gaji tak naik. "Bank offer consolidate aku ambil, then dia bagi limit baru, pakai lagi. Sudahnya masuk AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) . "Jangan buat loan. Kalau kena buat loan means tak mampu. Forget about it. "Buat loan jika benda penting ja. Contoh buat rumah. Sayangnya RM200,000 tu dah boleh beli tanah dan buat rumah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube