CERITA-cerita penindasan di tempat kerja yang dilakukan oleh majikan sudah banyak dikongsikan di media sosial. Namun, berbeza pula dengan kisah ini apabila seorang majikan membuat aduan tentang sikap seorang pekerja sehingga syarikat menanggung kerugian. Dalam hantaran di grup Tanya Peguam, pengadu menceritakan semula situasi melibatkan staf yang digajikan. "Seorang staf saya suka berunding luar dengan pelanggan-pelanggan yang ada datang ke kedai saya. Setiap majikan pastinya terkilan apabila berdepan dengan pekerja tidak jujur. -Gambar hiasan "Ini secara tidak langsung menyebabkan saya kehilangan pelanggan. Saya dimaklumkan biasanya dia akan menyapa pelanggan akan datang dari belakang. "Dia akan berurusan dengan pelanggan dengan berunding di belakang kedai tanpa melalui saya," katanya dalam satu hantaran di Facebook. Menurut individu tersebut, taktik yang dilakukan pekerjanya ini sudah lama dihidu namun dibiarkan begitu sahaja. Bagaimanapun, dia kini sudah tidak mampu bertahan dengan kegiatan pekerjanya itu yang menyebabkan kerugian berterusan terhadap syarikatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Majikan sayu lihat bekal pekerja waktu rehat! Staf tetap senyum, syukur... Kutip walau sebutir nasi jatuh ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar kau dari sini” - Majikan ‘angin’ pekerja tak capai sasaran, ugut tak mahu bayar gaji kalau gagal Menerusi hantaran sama, lelaki ini bertanya kepada orang ramai sekiranya dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerjanya itu. "Perkara ini sudah lama berlaku ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Biasanya dia akan mengambil cuti dengan pelbagai alasan tapi sebenarnya dia melakukan projek luar. "Apakah tindakan yang perlu saya ambil. Adakah saya berhak memberi notis untuk dia berhenti kerja. Bolehkah sekiranya menyaman dia atas kerugian saya alami. Jalankan penyiasatan dalaman untuk mengumpul bukti tindakan staf tersebut. ARIF AZMI PEGUAM "Tidak mustahil dia ada mengambil barang-barang kerja tanpa pengetahuan saya," ujarnya dalam perkongsian tersebut. Hantaran itu meraih pelbagai komen netizen yang memberikan pendapat mereka atas penganiayaan dihadapi pengadu. Peguambela, Arif Azmi turut memberikan cadangan apa yang boleh dilakukan pengadu bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Menurut Arif, dia membuat kesimpulan terdapat empat langkah boleh dilakukan oleh pengadu untuk menuntut haknya semula. "Jalankan penyiasatan dalaman untuk mengumpul bukti tindakan staf tersebut. Kemudian, berikan amaran lisan dan bertulis jika terdapat bukti kukuh mengenai perlanggaran peraturan. "Selain itu, kawan berhak memberi notis pemberhentian jika staf melanggar kontrak pekerjaan atau merugikan syarikat. "Akhir sekali, pertimbangkan tindakan undang-undang untuk menuntut ganti rugi jika kerugian yang dialami adalah signifikan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube