suria

Suruh orang potong rumput, sekali cermin kereta pecah! Lelaki ini tak sanggup minta ganti rugi, terkenang upah hanya RM100

Seorang lelaki diuji cermin kereta pecah terkena batu dalam kejadian potong rumput. -Gambar hiasan kiri

ORANG kata malang tidak berbau, dan kejadian buruk boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga.

Walau tidak berada di jalan raya yang sibuk mahupun keadaan berisiko, kemalangan melibatkan kereta tetap boleh berlaku jika itu adalah ketentuanNya.

Begitulah nasib yang dialami seorang lelaki apabila cermin kereta miliknya pecah terkena batu dan insiden berlaku ketika kenderaan tersebut sedang parkir di rumah.

“Cermin kereta ni pecah terkena batu. Aku hantarlah kat kedai nak tukar cermin.

“Tiga kedai aku pergi survey. Cari mana yang ada ready stock dan murah,” kongsi lelaki berkenaan menerusi Facebook Hafiz Rahman.

Seorang lelaki perlu berbelanja untuk membaiki cermin kereta yang pecah. -Gambar hiasan

Keadaan cermin yang pecah itu turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pekerja di kedai aksesori kereta sehingga menjadi topik perbualan hangat.

Menurut Hafiz, kejadian berlaku ketika dia mengupah seorang pemotong rumput untuk membersihkan halaman rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan tak berpenghuni, ejen hartanah lelong terkejut jumpa 2 sejadah terbentang hadap kiblat - “Balik rumah saya termenung”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Cina kusut, hanya ada RM3 nak beli minyak kereta balik Tanjong Malim... Mujur ada hamba Allah baik hati, tolong isi ‘full tank’

“Tukang cermin tu tanya, Macam mana boleh pecah bang? Kena batu sebab mesin rumput.

Kenapa tak kejar orang mesin rumput tu balik? Nak kejar apanya, orang tu mesin rumput kat rumah,” ujarnya yang mengimbas kembali perbualan itu.

Keadaan cermin kereta terkena batu. Foto FB Hafiz Rahman

Menurut Hafiz, sebelum itu dia berkunjung ke beberapa kedai bagi mendapatkan harga yang berpatutan sebelum menggantikan cermin yang pecah.

“Tiga kedai aku pergi. Ada yang murah tapi bukan original. Ada pula yang ready stock, tapi harga keras sikit (lebih mahal).

“Ada satu kedai, cermin secondhand dah siap tinted. Aku ambil yang secondhand tu,” katanya.

Apabila kita reda dengan sesuatu, Allah akan ganti balik dengan seribu kebaikan tanpa kita sedar.

WARGA MAYA

Ketika di kedai berkenaan, dia sekali lagi ditanya mengenai punca cermin keretanya itu pecah.

“Orang kedai cermin tu tanya lagi, Kenapa tak minta duit dengan orang mesin rumput tu? Aku jawab, Saya bayar upah dia mesin rumput pun baru RM100.

“Kalau dia nak cari duit ganti, entah berapa rumah lagi dia nak kena potong rumput. Tak apalah, adalah tu kat mana-mana duit tak berkat,” jelasnya yang reda dengan apa yang berlaku.

Pekerjaan sebagai pemotong rumput merupakan tugas yang mencabar. -Gambar hiasan

Namun siapa sangka, sesuatu yang tidak dijangka berlaku selepas insiden cermin keretanya pecah.

“Keesokan hari ada orang WhatsApp minta nombor akaun, nak transfer duit sebab aku ada buat kerja untuk dia dulu. Jumlah yang dia transfer, sama dengan harga tukar cermin,” katanya yang bersyukur tanpa mendedahkan harga cermin baharu berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan cara lelaki ini menangani masalahnya.

“Suka stail ni, Alhamdulillah. Kadang bukan tak nak minta ganti rugi tapi kita pun faham keadaan orang... tapi Allah lebih faham keadaan kita.

“Apabila kita reda dengan sesuatu, Allah akan ganti balik dengan seribu kebaikan tanpa kita sedar.

“Reda dengan ujian, ehsan dengan orang susah, percaya pada ketentuan rezeki, pasti Allah tambah nikmat dan rezeki yang diberi,” komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain