suria

“Dia sangka dapat pahala, padahal dosa” - Jiran bermasam muka, geram orang sebelah jamu burung merpati... Habis najis bersepah!

Pemberian makanan akan menyebabkan burung merpati kekal di lokasi sama.

MEMBERI makan kepada haiwan merupakan salah satu amalan mulia.

Malah hadis riwayat al-Bukhari ada menyatakan dosa seorang pelacur diampunkan selepas dia memberi minum kepada seekor anjing kehausan.

Bagaimanapun menerusi hantaran Facebook, seorang lelaki mengingatkan warga maya supaya berhati-hati ketika memberi makan kepada haiwan di kawasan kejiranan.

Baginya, selain mengejar saham akhirat, adab berjiran juga perlu diambil kira kerana amalan tersebut akan turut menjejaskan penduduk setempat.

Ramai yang gemar memberi lebihan makanan kepada haiwan. -Gambar hiasan

Ramai yang gemar memberi lebihan makanan kepada haiwan. -Gambar hiasan

“Orang yang bagi makan burung merpati di kawasan kejiranan ni, dia sangka dia dapat pahala.

“Padahal dia dapat dosa besar kerana menyakiti jiran. Burung tu pandai je cari makan sendiri,” ujarnya.

Mengambil kira situasi semasa yang berlaku, dia yang dikenali sebagai Amar berkata, sikap pemurah segelintir individu itu akan mendorong pertambahan kawanan burung merpati di lokasi yang mudah mendapatkan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati rumah jadi ‘port’ kucing berak, siap kencing merata... Pemuda makin stres jiran pura-pura tak mengaku bela si bulus!

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit kanser stres berjiran dengan penjual air balang! Longgok sampah depan rumah, biar berterabur - “Bau basi amat kuat”

Peningkatan itu seterusnya menyebabkan kawasan penempatan menjadi kotor dan menjijikkan kerana turut dipenuhi najis burung.

“Habis harta benda jiran seperti kereta, bumbung dan pagar kena tahi burung. Bersepah merata-rata burung berak,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan dan beranggapan dia tidak mempunyai sikap prihatin serta belas ehsan.

Susulan itu, dia meninggalkan komen balas dan menyifatkan individu yang seolah-olah meletakkan jiran dalam kesukaran sebagai kurang pengetahuan am serta ilmu agama.

Rumah saya sampai dipecahkan siling di luar, sekarang burung bersarang dalam siling rumah, nak tidur pun tak lena.

WARGA MAYA

“Ramai pertahankan burung berak atas harta jiran dan tak kisah menyakiti jiran yang lain kat dalam komen.

“Patut la ramai join skim cepat kaya dan mudah kena tipu... kerana gagal dalam pengetahuan am dan common sense serta ilmu agama pun tiada,” tambahnya.

Dalam pada itu, sesetengah warga maya yang berhadapan dengan situasi seperti dikongsikan Amar meluahkan kesukaran dialami sehingga ada yang bermasa muka dengan jiran tetangga.

Segelintir warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Segelintir warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

“Dulu pernah sewa rumah taman, jiran depan rumah rajin bagi makan dekat burung merpati. Burung tu berak sampai ke dalam laman, setiap hari isteri kena cuci... cukup setahun je terus pindah sebab tak tahan.

“Sama macam orang yang bagi kucing jalanan makan. Kemudian kucing non-stop datang berak di rumah kita, atas cermin kereta, muntah depan pagar rumah. Serious memang sakit hati.

“Rumah saya sampai dipecahkan siling di luar, sekarang burung bersarang dalam siling rumah, nak tidur pun tak lena... yang jiran pun memang hari-hari masak nasi lebih ke semata-mata nak bagi burung?” demikian luahan beberapa warga maya yang terpaksa membersihkan najis haiwan.

Dalam pada itu, berdasarkan situasi memberi makan kucing, Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa amalan tersebut adalah sunat selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.

Namun sekiranya dengan memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain