suria

Suami terlalu ‘liberal’, bercerita hal perempuan lain dengan isteri... Mak janda hujung rumah pasang ‘aircond’ pun tahu!

Individu yang sudah berkahwin perlu menjaga batas pergaulan demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

WANITA mana yang tidak sedih apabila suami sendiri masih galak melayan perempuan lain seolah-olah dia masih bujang.

Sedang berdepan dengan situasi yang sama, seorang isteri meluahkan perasaan sedih bercampur kecewa dengan sikap suaminya yang langsung tidak menjaga batas pergaulan bersama wanita lain.

Apa yang lebih menambahkan rasa sedih, wanita tersebut berkata suaminya tanpa rasa bersalah mahupun segan silu bercerita mengenai kegiatannya itu secara terang-terangan.

suami 2

Salah satu punca pergaduhan pasangan suami isteri adalah kerana kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan

"Apa perasaan anda apabila suami balik kerja, hal pertama yang dia sebut... janda tepi rumah tu pasang aircond. Dengan nada semangat nak cerita dekat saya sedangkan saya yang sakit kepala ni dia tak ambil tahu.

"Belum lagi bab chat dengan perempuan lain, join group dating dekat Facebook... banyak lagilah.

"Apabila saya luahkan dekat dia, dia hanya jawab... alah chat sekadar nak suka-suka je, join group je pun bukan jumpa depan-depan. Langsung tak jaga hati saya," luahnya.

Bukan tidak pernah menegur atau berterus-terang mengenai perasaan kurang senangnya dengan sikap suami, namun ujarnya lelaki tersebut tidak mengambil serius malah menganggapnya sebagai perkara biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Firasat isteri tepat, ada perempuan gatal cuba sondol suami di ofis... Baik lain macam, akhirnya luah rasa cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Poket makin tebal, suami mula gatal! Cikgu ini tak setuju lelaki dituduh punca rumah tangga retak, ada juga isteri biadab siap kentut depan muka

"Lepas dia jawab dengan pelbagai alasan, saya dah tak ambil tahu.

"Cerita pasal perempuan, saya iyakan saja. Kadang-kadang saya rasa macam saya ni housemate dia je.

"Nak ikutkan, janda atau perempuan dekat taman yang duduk di sini semua dia tahu. Apabila saya cakap... amboi abang, semua perempuan tahu ya?. Dia gelak saja," luahnya.

Sedihnya dapat suami yang tak reti tundukkan pandangan.

NETIZEN

Tidak cukup menyakitkan dengan perangai gatal, ujar wanita itu dia berasa jauh hati apabila suaminya suka cakap lepas tanpa mengambil berat mengenai perasaannya.

Perkongsian wanita berkenaan di sebuah grup Facebook mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadapnya.

Namun tidak kurang juga yang menyarankan agar wanita tersebut mengundur diri daripada terus makan hati apatah lagi pasangannya mempunyai tanda redflag.

komen gatal

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Sedihnya dapat suami yang tak reti tundukkan pandangan. Puan, buatlah solat tahajud, taubat, hajat, istikharah mohon pertolongan Allah.

"Kesilapan awak yang paling utama adalah sikap tak cemburu awak menyebabkan suami berada di zon selesa... siap boleh jujur beritahu awak.

"Dah tahu suami macam tu masih bertahan. Hal lain boleh lagi lah tolak ansur, tapi ni babitkan betina lain... lagi mahu stay?" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain