suria

Wanita rugi RM9, jurujual salah ‘scan’ dakwa polisi tak boleh refund... Paksa pelanggan ambil barang lain, siap kena tambah duit!

Setiap pelanggan dinasihatkan supaya menyemak resit sama ada sebelum atau selepas pembayaran.

BUKAN sekali dua warga maya dipaparkan dengan perkongsian mengenai kisah pelanggan teraniaya dek kerana kesilapan juruwang.

Berdepan dengan situasi yang sama, seorang wanita berkongsi pengalamannya agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya lebih berhati-hati dan teliti ketika membuat pembayaran di kaunter.

Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita berkenaan berkata kejadian berkenaan berlaku ketika dia mengunjungi sebuah kedai serbaneka terkenal.

"Aku insan terpilih. Pengalaman pahit di hari pembukaan kedai ini.

"Berhati-hati apabila anda bayar di kaunter. Periksa apa yang anda beli dengan yang dibayar.

"Bayangkan barang tak ada tapi dalam resit anda tertera item tu. RM9.00 bukan sikit ya. Beli sebungkus nasi, boleh kenyang dua orang anak. Mujur saya periksa masa masih dekat kaunter," tulisnya.

pic 2

Sebagai pelanggan, kita perlu cakna dengan harga semasa barang-barang untuk mengelakkan berlakunya penipuan. -Gambar hiasan

Menurut wanita berkenaan, menyedari terdapat item yang tidak dibelinya tertera di dalam resit, dia segera memaklumkan juruwang berkenaan.

Namun dia kecewa bercampur terkejut apabila dimaklumkan bahawa polisi di kedai berkenaan tidak membolehkan wang dipulangkan (refund) kepada pelanggan memandangkan sudah tertera di resit.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicekup edit resit! Beli jam RM54 tapi cuma 'transfer' 1 sen, dedah dah ramai kawan buat tapi tak kantoi

ARTIKEL BERKAITAN: Terang-terang nampak butang ‘pay’, pelanggan kantoi tipu bayar guna kod QR... Peniaga pasar malam hilang sabar, hempuk guna sudip!

"Ingat boleh dapat refund, sekali dia kata... polisi kita tak boleh pulangkan duit... boleh akak ambil barang lain?

"Saya beritahu kalau ambil barang pun tak boleh genap RM9.

"(Dia jawab) Ya kak... akak kena tambah lagi 60 sen kalau ambil empat barang.

"Saya tak ada pilihan selain ambil barang dan tambah duit," tulisnya lagi.

Tak ada istilah polisi tak boleh refund... menipu je tu.

NETIZEN

Tambah wanita berkenaan, biarpun terasa ingin mempertikaikan perkara berkenaan, namun dia akhirnya akur dan memilih untuk bersabar.

"Ini memang polisi yang kejam untuk customer. Hari dah panas, tambah lagi kena macam ni. Budget dah lari, sabar je la. Ikut hati nak marah tapi saya pilih senyap.

"Takut kalau buka mulut, lancar je mulut buat dosa. Kakitangan kaunter dah minta maaf, saya dah maafkan tapi hati rasa kelat nak masuk lagi.

"Jadinya anda berhati-hati ya," tulisnya.

Hingga kini perkongsian wanita berkenaan meraih lebih 440 shares di Facebook.

komen cashier

Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram kerana pelanggan tersebut menjadi mangsa kerana kesilapan juruwang.

"Tak ada istilah polisi tak boleh refund. Menipu je tu. Cashier tu yang tak nak panggil manager atau supervisor untuk revise mesin cashier tu. Nanti dia kena marah. Sebab kena masuk dalam rekod kalau refund sebab salah cashier.

"Pernah kena. Itu sebenarnya barang cashier tu tapi letak atas bil kita. Saya dah half way perjalanan balik dah tiba-tiba tergerak hati nak check resit. Sekali betul kena scam RM17 lebih, terus saya patah balik dan confront cashier tu.

"Terima kasih kak share benda macam ni. Saya sendiri selalunya terus masukkan resit dalam poket je sebab kalut dengan anak-anak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain