SAMBUTAN ulang tahun kelahiran seharusnya diraikan dengan penuh kegembiraan. Namun, melalui satu video tular di laman TikTok, seorang remaja perempuan berkongsi kesilapan yang dilakukan hingga menyebabkan hari istimewanya menjadi muram. Menurutnya, dia mengajak beberapa kumpulan rakan yang berbeza untuk menghadiri sambutan hari jadinya itu, terdiri daripada kawan sekolah rendah dan sekolah menengah. Sambutan hari lahir memerlukan persiapan yang rapi. -Gambar hiasan "Dua minggu lalu, saya ada buat makan malam sempena hari jadi saya. Daripada sini saya dapat satu pengajaran yang cukup berharga, jangan ajak kumpulan rakan yang berbeza untuk berjumpa serentak dalam satu majlis. "Sambutan hari jadi saya tu terasa sangat kekok. Kenapa saya cakap macam tu, sebab diri saya mempunyai personaliti yang berbeza dengan setiap kumpulan rakan ni. "Jadi saya kena sentiasa menukar personaliti apabila bercakap daripada satu kumpulan ke kumpulan rakan yang lain. Sungguh penat mental saya ni, saya tak mahu melalui pengalaman yang macam ni lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Rancak kutuk Malaysia demi berkawan dengan mat salih, lelaki terus putus dengan sahabat baik ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur kecil hati dapat kawan jenis tiada hati perut, paksa travel ketika 5 bulan ‘jobless’... Rupanya nak cukupkan korum je! "Sampai satu tahap saya tak tahu topik apa yang nak dibualkan dengan setiap kumpulan rakan tu. Akhirnya mereka hanya bercakap sesama sendiri dan buat hal masing-masing. Tak seronok langsung," ujarnya. Tambahnya lagi, dia berasa sangat rugi kerana sambutan hari jadinya itu punah begitu sahaja. "Saya hanya melalui usia 17 tahun sekali dalam seumur hidup ni, kecewanya rasa. Kawan-kawan yang saya jemput tu mungkin gembira datang ke majlis hari jadi saya, tetapi saya sendiri tidak, padahal saya yang sepatutnya diraikan. Sama juga macam kawan pejabat dan kawan lepak, mereka ni jangan dicampurkan sekali... nanti jadi lain dan tak kena. WARGA MAYA "Tak sempat langsung nak bergambar waktu majlis tu sebab saya asyik kelam-kabut menyesuaikan diri dengan keadaan ketika tu. Kalau boleh saya nak lupakan terus memori ni. "Kepada mereka di luar sana, jangan terjebak dengan kesilapan sama seperti saya ketika sambut hari jadi," ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut cuba menyelami perasaan yang dialami gadis tu. Segelintir individu meletakkan makna yang besar dalam sambutan hari jadi. -Gambar hiasan "Sifirnya macam ni, kalau nak ajak kawan yang ramai ke majlis kita anjurkan, pastikan mereka kenal dulu antara satu sama lain. Kalau tidak keadaan jadi tak harmoni, kita sebagai tuan rumah pun rasa tak selesa. "Sama juga macam kawan pejabat dan kawan lepak, mereka ni jangan dicampurkan sekali sebab nanti akan jadi 'lain' dan tak kena. "Maaf kami lelaki tiada masalah macam ni, sebab ke mana pun kami pergi, kami adalah orang yang sama," demikian ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube