suria

Mat salih anggap Menara Merdeka 118 ‘menipu’ jadi pencakar langit ke-2 tertinggi dunia, tetap ‘sombong’ walau dah tahu kebenaran!

Seorang mat salih memberikan pendapatnya mengenai Menara Merdeka 118.

MENARA Merdeka 118 merupakan bangunan pencakar langit kedua tertinggi dunia, selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur, Menara Merdeka 118 yang berketinggian 678.9 meter itu dilihat sebagai satu mercu tanda yang membanggakan negara.

Bagaimanapun melalui satu video tular di laman TikTok, seorang mat salih seolah-olah memperkecilkan aspek seni bina dan kejuruteraan Menara Merdeka 118.

Menara Merdeka 118 bercahaya pada waktu malam. -Foto Star Media Group

Menurut warga asing berkenaan, puncak menara tidak sepatutnya diambil kira dalam menentukan ketinggian sesebuah binaan pencakar langit.

"Macam menipu kalau masukkan sekali ukuran puncak menara dalam ketinggian Menara Merdeka 118. Ketinggian bangunan seharusnya hanya meliputi tingkat yang kita boleh akses dengan berjalan kaki.

"Kalau tidak, senang la nak dapatkan status pencakar langit tertinggi, hanya pacak antena di atasnya. Apa-apa pun, saya kagum dengan kecantikan Menara Merdeka 118 ini," ujar mat salih tersebut memberikan kritikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih tak suka Bukit Bintang sebab sesak, ramai manusia - “Kamu jangka orang sini masih tinggal atas pokok?”

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal di Amerika, bapa anak 5 tak peduli reaksi mat salih sekeliling... Pelik ada pasangan pilih hidup childfree, zuriat satu rahmat

Menjengah ke ruangan komen, pelayar tampil membuat pembetulan susulan perkongsian mat salih tersebut.

"Itu bukan sebarang antena ya, ia adalah dek pemerhatian, siap ada lif lagi untuk naik ke atas sekali. Dari bawah mungkin nampak kecil, tapi hakikatnya antena tu lagi besar daripada rumah awak.

"Antena tu diibaratkan menara di atas menara. Sekarang belum dibuka lagi kepada orang awam, tapi nanti apabila dah siap sepenuhnya, kita boleh bayar kalau nak naik ke atas tu. Sama seperti di Menara Berkembar Petronas.

Kelakar la awak ni, dah penakut lepas tu lagi nak persoalkan legitimasi Menara Merdeka 118

WARGA MAYA

"Ada simboliknya 'antena' di atas Menara Merdeka 118 tu, ia melambangkan Tunku Abdul Rahman menjulang tangannya sambil melaungkan 'Merdeka' pada tahun 1957," demikian kata sebahagian warga maya.

Walaupun begitu, mat salih terbabit tetap enggan mengakui keunggulan Menara Merdeka 118 dan mendakwa dirinya mempunyai fobia terhadap ketinggian.

Pelayar bertukar pandangan.

"Tak mengapa, saya tak berminat untuk naik ke puncak Menara Merdeka 118 yang sampai beratus-ratus tingkat, saya lebih selesa di bawah ni," ujarnya.

Sikap tidak mahu mengakui kesilapan tersebut menyebabkan warga maya mula hilang sabar terhadap mat salih berkenaan.

"Kelakar la awak ni, dah penakut lepas tu lagi nak persoalkan legitimasi Menara Merdeka 118," kata seorang pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain