suria

Lagi 3 bulan nikah, remuk hati tengok video kelucahan melampau bakal isteri - “Aku punyalah jaga batas pegang tangan”

Sesebuah hubungan boleh rosak angkara orang ketiga. -Gambar hiasan

PERKAHWINAN bukanlah satu perkara main-main, sebaliknya ia melibatkan kehidupan bersama sehingga ke hujung usia.

Disebabkan itulah kita dituntut untuk mencari pasangan yang baik-baik agar dapat sama-sama menuju ke arah kebaikan.

Di platform X, seorang pemuda meluahkan rasa kesal apabila mengetahui kisah silam bakal isterinya.

pic 2

Kebanyakan lelaki mencari wanita yang solehah untuk dijadikan sebagai isteri. -Gambar hiasan

Dakwa pemuda berusia 26 tahun itu, dia terkejut apabila menerima kiriman video yang memaparkan aksi lucah bakal isterinya.

"Jadi ceritanya macam ni, aku nak kahwin dengan tunang lagi tiga bulan. Kami dah bersama dekat setahun lebih dah.

"Masalahnya sekarang ni nak kahwin tiba-tiba pula ada ujian. Rasa retak seribu hati aku, tak lalu makan, buat kerja semua tak jadi.

Tu yang aku nampak. Yang aku tak nampak? Aku syak suspek yang hantar video tu bekas kekasih dia kot

PENGADU

"Minggu lepas ada akaun palsu di Twitter (X) hantar video tunang aku h***p kemaluan lelaki. Masa tu aku tengok, memang gila rasa nak menangis," luah pemuda itu.

Menurut pengadu, dia seboleh-bolehnya mahu membatalkan perkahwinan, namun risau memikirkan air muka orang tuanya.

"Kalau batal (kahwin) mana nak letak muka mak ayah kami? Jujur cakap memang aku tak nak teruskan dah. Lantaklah apa nak jadi pun.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun bertunang, pemuda tarik diri tak mampu sedia duit hantaran! Lepas putus, canang ‘belah perempuan bermasalah’

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tiba-tiba makan guna sudu garpu, naluri wanita syak ada benda tak kena... Lepas selidik, sah si dia curang!

"Aku punyalah jaga batas pegang tangan perempuan lain pun tak pernah. Dia sampai kemaluan dalam mulut.

"Tu yang aku nampak. Yang aku tak nampak? Aku syak suspek yang hantar video tu bekas kekasih dia kot," luahnya lagi.

Menurut pemuda itu, dia juga kesal kerana tunangnya tidak pernah berterus terang tentang sejarah silamnya sejak awal perkenalan mereka.

"Masalahnya awal-awal sebelum hubungan dengan tunang aku dulu, kami memang come clean cerita semua benda dah. Dia cerita dia tak pernah buat benda-benda terkutuk tu.

"Aku ni bukanlah baik sangat tapi belum sampai nak berzina. Dia belum tahu lagi yang aku dah tahu dia pernah buat benda tu. Sebab belum bersemuka lagi," ujarnya.

pic 3

Semak kesahihan sesuatu video sebelum bertindak kerana banyak kandungan palsu dicipta menggukan teknologi AI pada hari ini. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, majoriti pelayar media sosial menasihati pemuda itu untuk mengakhiri hubungannya dengan wanita tersebut.

Netizen turut meminta lelaki itu membuat pengesahan dahulu sekiranya video tersebut adalah palsu dan mungkin dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Pergi isthikharah dulu. Boleh terima, sila proceed. Kalau tak boleh, putus elok-elok. Video jangan delete dulu, kot dia pilih buat kecoh, kau tunjuk video tu kat mak dia. Tapi verify dulu betul-betul itu dia ke tak, kot AI.

"Selidik siapa hantar video itu, mungkin bekas kekasih dia yang gagal memikat hati dia, mungkin video AI, deepfake atau tukar muka, senang je nak buat, macam-macam aplikasi.

"Tinggalkan je dia bro. Kau lelaki yang baik, tak pernah buat zina. Kau layak dapat perempuan solehah. Jangan jatuhkan standard dan maruah kau terima perempuan 'belen' macam tu," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain