suria

15 tahun sabar, tak melawan... Makin menjadi-jadi mulut puaka mentua! Isteri nekad tak kan pulang lagi kampung suami

Suami memikul tanggungjawab berat untuk menjaga hati isteri dan ibunya. -Gambar hiasan

HUBUNGAN seorang wanita dengan mentua biasanya goyah kerana perbezaan pendapat dan gaya hidup.

Apabila berlaku situasi seperti ini, menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan atau sekurang-kurangnya mengawal ketegangan yang wujud antara kedua-dua belah pihak.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman Facebook, seorang lelaki buntu apabila isteri yang sudah dikahwini selama 15 tahun tawar hati untuk pulang ke kampung halaman keluarganya.

Syurga seorang anak lelaki terletak di telapak kaki ibunya. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, dia sedia maklum isterinya berpendirian sebegitu disebabkan ibunya yang bermulut celupar dan suka bercakap sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Isteri betul merajuk dan tak mahu pulang ke rumah orang tua saya. Saya akui yang ibu saya mulutnya 'laser' dan bercakap ikut sedap dia je. Saya sebagai anak pun kadang-kadang pedih mendengar.

"Saya dah beritahu isteri sejak mula kahwin untuk telan je apa yang ibu cakap, saya nampak isteri memang cuba bertahan tapi sekarang dia dah hilang kesabaran. Puncanya ibu ada cakap sesuatu yang sangat mengguris hati isteri baru-baru ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengsara dapat mentua mulut celupar kaki sindir, bandingkan cucu... Suami pula dilabel anak tak guna gara-gara pertahan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu dengan famili mentua, aib keluarga tersebar selepas buat aduan di pejabat agama... Rupanya staf ‘kepochi’ bocor rahsia!

Menurut lelaki ini lagi, sebagai suami apa yang dilakukannya selama ini adalah menjarakkan tempoh pulang ke kampung kerana dia mahu isteri dan anak-anak turut serta.

"Isteri saya memang tak pandai menjawab kalau orang tua saya cakap macam-macam kat dia. Dia diam je tak melawan dan saya pun kalau boleh tak nak dia melawan.

"Sekarang dia suruh saya balik sorang je, apa perlu saya buat tak kan saya nak marah mak saya pula? Saya buntu, mulut mak saya makin hari makin menjadi, harap dapat membantu," ujar lelaki itu meminta pendapat warga maya.

Kalau mak tanya mana isteri, cakap je isteri dah sakit hati dengan dia, bagi dia sedar sikit.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan lelaki itu untuk menguatkan dirinya dan membiarkan isteri mengikut pilihan sendiri.

"Jangan la paksa isteri balik ke kampung juga, boleh sakit mental kalau nak hadap mentua puaka ni. Kau balik je seorang, cukup sekadar memenuhi tanggungjawab kau sebagai seorang anak.

Pelayar bertukar pandangan.

"Itulah dilema seorang lelaki, kalau dalam situasi abang ni, jangan bagi isteri dengan mentua berjumpa lagi supaya tidak keruhkan keadaan semakin teruk. Mungkin itu saja jalan penyelesaian yang terbaik.

"Kalau mak tanya mana isteri, cakap je isteri dah sakit hati dengan dia, bagi dia sedar sikit. Mungkin waktu tu baru nak ada hasrat nak berubah," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain