NIAT asalnya mahu membantu sahabat baik yang sedang berada di dalam kesusahan, namun pengakhirannya tidak seperti yang diduga. Demikian dengan kisah dikongsikan seorang individu di laman X yang meluahkan rasa kesal selepas pertolongannya seolah-olah dikhianati sahabat baik. Individu tanpa identiti itu berkata, segala-galanya bermula apabila sahabat baiknya itu kehilangan kerja selepas syarikat tempatnya bekerja muflis. "Jadi dia menganggurlah untuk beberapa bulan. Kebetulan company aku ada kerja kosong. Aku offer dia dan cadangkan dekat manager aku. Dipendekkan cerita, dia pun diambil kerja tapi lain department," ujarnya dalam perkongsian tersebut. Ujar individu tersebut, sejak sahabat baiknya bekerja di syarikat yang sama, maka bermulalah episod yang tidak menyenangkan melanda sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Konflik di pejabat ada kalanya disebabkan oleh sikap rakan sekerja yang toksik. -Gambar hiasan "Sejak dia masuk segala-galanya berubah. Dia siap complain macam-macam tentang staf lain dekat manager. Disebabkan dia jugalah, banyak SOP baru dan semua berubah. "Dia banyak tak puas hati pasal staf lain. Kadang-kadang kerja tu tak ada kena mengena dengan dia pun tapi dia sibuk juga. "Belum lagi kalau orang lain cuti atau MC dia tak puas hati. Bukan ni je, banyak lagi dia complain," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Keliru konsep ‘close friend’ IG Story... Pemuda ‘terciduk’ selama ini satu pejabat, rakan tak disukai tengok posting privasi ARTIKEL BERKAITAN: Memori ‘sweet 17’ musnah, gadis silap jemput kawan datang sambutan hari jadi... Mental penat, tuan badan tak gembira! Tidak sekadar mencampuri urusan kakitangan lain, dakwa individu berkenaan, sahabat baiknya juga gemar mencanang untuk menunjukkan dia terpaling hebat. "Lepas tu dialah terpaling penat dan busy. Dialah terpaling function. Semua staf kena dengar cakap dia. Dia nak kerja sama rata... dia buat, orang lain pun kena buat," ceritanya. Ajak tumpang kereta pun tak boleh. Lama-lama jadi bos, kita jadi driver. NETIZEN Tambah individu berkenaan, namun dia dan kakitangan lain bersyukur kerana 'kecelaruan' yang dicetuskan sahabat baiknya ditangani oleh pihak atasan. Pun begitu, dia memutuskan untuk tidak lagi mencari rezeki sebumbung dengan sahabat baiknya selepas mengetahui belang individu tersebut. "Tapi nasib baik cuma beberapa bulan je kami buat kerja dia sebab bos aku dah take action. Harapkan manager aku hampeh ikutkan dia. "Aku pun ada benda tak puas hati dan nak cakap tapi fikir sebab kawan baik, jadi terkunci mulut nak bersuara. Aku dah fikir masak-masak, aku nak cari kerja lain. "Jadi pengajaran untuk anda semua, baik macam mana pun, janganlah jadikan kawan sekerja macam aku," akhirinya. Sebahagian komen daripada warga maya. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangan individu tersebut malah mereka berkongsi situasi yang hampir sama. "Aku pernah ada BFF dekat tempat kerja, dah anggap macam adik-beradik. Tak ada duit dia hulur beli makanan... tapi akhirnya dia fitnah aku sampaikan bos dengan rakan sekerja benci aku. "Kawanlah rapat mana pun, jangan pernah kerja satu tempat. "Ajak tumpang kereta pun tak boleh. Lama-lama jadi bos, kita jadi driver," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube