TIDAK semua insan bertuah dilahirkan dalam keluarga yang bahagia dan penuh dengan kasih sayang. Ada segelintirnya membesar dalam persekitaran keluarga yang bercerai-berai sehingga tidak mendapat kasih sayang sewajarnya daripada ibu bapa. Situasi ini secara tidak langsung memberi impak besar daripada segi emosi untuk jangka masa panjang kepada seseorang, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang individu ini di laman sosial. Solat jemaah adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga. -Gambar hiasan "Saya membesar dalam keluarga yang ibu bapa bercerai. Adik-beradik pula tak rapat. Tidak bergaduh, tapi tak rapat. "Bercakap hanya jika ada keperluan. Berkumpul jika ada acara. Selebihnya, buat hal masing-masing. "Kalau berkumpul pun tak bersembang sangat. Tak meriah," kongsinya di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah bercerai, keluarga pula miskin... Anak gadis baru mula kerja tak mahu kahwin, siap rancang nak buang rahim! ARTIKEL BERKAITAN: Ada kembar tapi tak rapat, pemuda teresak-esak adik kesayangan jadi isteri orang - “Jarum di tudung pun dia cabutkan” Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, memandangkan dia kini sudah berkahwin dan berkeluarga, peristiwa silam yang dialaminya kerap menghantui sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan anak-anaknya. "Sekarang saya ada anak. Saya nak pastikan anak-anak saya tak melalui apa yang saya lalui. Saya nak mereka rapat macam ahli keluarga orang lain. Saya nak mereka kekal berkasih sayang sesama sendiri. "Macam mana nak pastikan hubungan anak-anak sesama mereka (adik-beradik) rapat? Boleh bergurau senda, berkasih sayang daripada kecil sampal dewasa," luahnya lagi memohon pandangan daripada warga maya. Contoh paling senang, solat jemaah, makan pun bersama-sama duduk semeja sambil berborak... jangan buat hal sendiri. NETIZEN Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya turut tersentuh dengan kisah hidup individu berkenaan. Selain ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir sama, netizen turut menghujani ruangan komen dengan titipan doa buat individu berkenaan. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Anak-anak yang membesar sentiasa perhatikan kita. Ibu bapa saya tak pernah langsung bergaduh depan anak-anak. Sejak kecil diasuh kongsi barang. Kemudian, mak ayah tak berpihak mana-mana, kalau marah semua sama rata. "Banyakkan aktiviti bermanfaat bersama. Contoh paling senang, solat jemaah, makan pun bersama-sama duduk semeja sambil berborak... jangan buat hal sendiri. "Jangan bezakan anak dan ada sifat dengki. Ada ibu bapa suka bandingkan anak, suruh pandai macam kakak dan abang dia. Lepas tu sekarang tanya kenapa tak rapat dan mesra," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube