suria

Pelanggan boikot, keluar kedai jika sistem menu guna kod QR... Makin menyampah kedekut WiFi, laman web asyik ‘loading’

Penggunaan kod QR semakin banyak dilihat di restoran. -Gambar hiasan

SEIRING perkembangan alam maya, sesetengah restoran beralih kepada pengguaan kod QR bagi tujuan membuat pesanan.

Pelanggan hanya perlu mengimbas kod yang disediakan menggunakan telefon pintar untuk mengakses menu digital selain menempah makanan atau minuman.

Walaupun dilihat memudahkan, segelintir warga maya berpandangan alternatif baharu ini membawa lebih banyak kesulitan berbanding manfaatnya.

WhatsApp Image 2024-09-04 at 8.24.02 PM

Segelinitir pelanggan lebih suka membuat pesanan secara manual. -Gambar hiasan

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa kurang senang apabila melihat lambakan kedai makan memilih menggunakan kod QR.

"Aku tak boleh faham restoran yang kalau pesan makanan kena guna kod QR ni. Kemudian apabila kita tanya cadangan makanan yang best, dia suruh tengok menu. Tapi apabila aku tengok semula, tiada pula benda tu dalam menu.

"Baik kau tak payah berniaga je la kalau nak pesan makanan pun sampai merenyahkan macam ni. Kita ni makan di kedai sebab nak memudahkan kerja," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak WiFi order dulu” - Restoran kedekut Internet, data telefon pula lembab! Pelanggan nyaris angkat kaki, susah pesan guna kod QR

ARTIKEL BERKAITAN: Terang-terang nampak butang ‘pay’, pelanggan kantoi tipu bayar guna kod QR... Peniaga pasar malam hilang sabar, hempuk guna sudip!

Menjengah ke ruangan ciapan balas, perspektif lelaki itu turut mendapat sokongan daripada sebahagian besar warga maya.

"Banyak masalah kalau pesan makanan guna kod QR, jom kita tengok satu persatu. Pertamanya ada sesetengah kedai apabila nak order, kita kena daftar dulu profile, masukkan nama, e-mel, nombor telefon dan sebagainya. Menyusahkan!

"Kita tengah lapar ni, lagi nak minta kita mengisi, memang menguji kesabaran betul! Aku senang je, kalau nampak kedai tu guna kod QR tanpa ada menu kertas, aku terus cari kedai lain.

Kod QR ni banyak kedai suka buat sebab memudahkan operasi mereka... boleh kurangkan staf, semua layan diri.

WARGA MAYA

"Paling bengang, ada kedai yang kawasannya Internet tak berapa kuat, lepas tu dia suruh kita guna kod QR. Memang naik darah aku asyik refresh cari line. Kalau betul nak buat kod QR, pasang la WiFi yang stabil.

"Lagi satu benda aku kurang gemar pasal kod QR ni, apa yang kita order tu tiba-tiba boleh hilang, mungkin sistem crash. Dah satu hal pula nak kena pesan daripada awal, pelayan tak boleh buat apa sebab kena order ikut sistem," kata pelayar.

Tambah pelayar, perkara yang lebih mengecewakan apabila sesetengah restoran mengenakan caj apabila menggunakan platform kod QR mereka.

Pelayar bertukar pandangan.

"Aku pernah jumpa kedai yang caj kita sebab guna kod QR, kalau order kita banyak, memang semakin menjadi-jadi caj tu. Katanya sebab dia buat sistem, kita kena bayar kalau nak guna.

"Kod QR ni banyak kedai suka buat sebab memudahkan operasi mereka, boleh kurangkan staf, semua layan diri. Tapi pada pendapat aku, tak setiap benda sepatutnya jadi digital. Hardcopy tetap relevan sampai bila-bila.

"Kalau dah semuanya layan diri, boleh kot kurangkan caj perkhidmatan yang enam peratus tu," demikian ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain