suria

Suami mula hisap rokok, solat pun ‘ke laut’ lepas berniaga burger... Paling geram jadi kutu embun sampai 4 pagi, abai keluarga!

Ramai yang berniaga sehingga lewat malam untuk mencari pendapatan sampingan. -Gambar hiasan

SETIAP rumah tangga pasti tidak lekang daripada dilanda ujian.

Antara puncanya adalah disebabkan perselisihan faham suami isteri bersabit isu-isu seperti kewangan, kurangnya masa bersama keluarga, sikap buruk pasangan dan sebagainya.

Dalam satu hantaran di aplikasi Thread, seorang wanita meluahkan rasa sedih lantaran suaminya sudah berubah sikap sejak mula mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Dakwa wanita berkenaan, segala-galanya bermula apabila suaminya kehilangan kerja tetap selepas mengalami masalah slip disc.

SUAMI 2

Pergaduhan antara suami isteri terjadi kerana perselisihan pendapat. -Gambar hiasan

"Kami kerap bertengkar sebab suami dah tak kerja. Jadi dia buat part time freelance job. Kadang-kadang ada job lain dia ambil. Sekarang suami berniaga burger sepenuh masa," luahnya.

Ujar wanita tersebut, dia sama sekali tidak melarang atau mempunyai masalah dengan pekerjaan baharu suaminya itu.

Namun apa yang membuatkan dia kurang senang adalah lelaki tersebut berniaga sehingga lewat pagi, hingga tidak mempunyai masa bersama keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati suami terlalu kuat kerja, isteri luah perasaan di Facebook... Bengang langsung tak tolong kerja rumah - “Bini bibik ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami carut isteri dekat kaunter, bengang disuruh bayar RM12... Pelanggan berhampiran naik gerun tengok!

"Saya tak kisah dia berniaga tapi kenapa berniaga burger macam cara orang bujang... keluar petang, balik pukul 3 hingga 4 pagi.

"Tak kisah dia nak berniaga tapi ambillah masa yang sesuai. Bayangkan saya balik kerja pukul 6 petang, suami dah tak ada sampai 4 pagi baru balik.

"Kadang-kadang saya marah kenapa tak nak tutup awal? Pukul 12 malam tutuplah. Orang pun dah tak ada time tu tapi nak melepak punya pasal. Solat semua dah ke mana.

"Husband dulu solat jarang-jarang tinggal... selalunya waktu Maghrib dia dah ada dekat rumah, jaga solat," luahnya lagi.

Mungkin suami sis tengah stres sebab tak dapat kerja disebabkan slip disc dia. Dia down tak dapat provide untuk family macam dulu.

NETIZEN

Bukan hanya mengabaikan solat dan keluarga, tambah wanita berkenaan, suaminya sudah mula berjinak-jinak dengan rokok dan vape.

"Semua kawan dia kaki hisap macam-macam. Sejak tu saya down sangat. Malam-malam tangan shaking rasa nak bunuh diri je.

"Sebab suami saya dah tak ada depan mata. Setiap malam uruskan rumah... seorang diri jaga anak. Tak pernah waktu malam dia ada di rumah," katanya.

Perkongsian berkenaan mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya tampil memberi pandangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi wanita tersebut.

KOMEN SUAMI

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Kena heart to heart. Mungkin suami sis tengah stres sebab tak dapat kerja disebabkan slip disc dia. Dia down tak dapat provide untuk family macam dulu.

"Mungkin dia cuba nak elak jumpa sis sebab malu dengan sis. Rokok dan lepak cara dia nak lupakan stres dia.

"Mungkin sis boleh cuba slow talk. Time offday try la ikut dia berniaga sama-sama. Tell him, it's okay to live like this. Insya-Allah selagi ada nyawa, rezeki sentiasa ada," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain