suria

Jumpa bangkai cicak celah pintu, pagar pula berkarat... Tuan rumah tak puas hati, enggan pulangkan deposit sewa

Keadaan rumah selepas ditinggalkan penyewa.

PENGEMBALIAN wang deposit pastinya ditunggu-tunggu golongan penyewa apabila ingin keluar dari rumah yang didiami.

Bagaimanapun, kebanyakan pemilik menjadikan kerosakan berkaitan wear and tear sebagai alasan untuk tidak mengembalikan deposit bayaran awal.

Senario yang berlaku itu mencetuskan perselisihan faham antara pemilik dan penyewa sehingga ada yang mendapatkan tindakan perundangan.

Turut melalui perkara sama, seorang lelaki cuba mendapatkan pandangan peguam bertauliah dan pihak perundangan selepas penyewanya berpindah keluar.

Ia berikutan rumah sewa tersebut didakwa ditinggalkan dalam keadaan kotor dan mempunyai beberapa kerosakan.

Perselisihan faham sering terjadi antara pemilik dan penyewa rumah. -Gambar hiasan

Perselisihan faham sering terjadi antara pemilik dan penyewa rumah. -Gambar hiasan

"Saya mempunyai satu rumah sewa, surat perjanjian ada. Penyewa sudah duduk dalam anggaran dua tahun lebih dan baru sahaja pindah keluar.

"Sebelum itu rumah baru sahaja dicat, (tapi) kini ia ditinggalkan dengan beberapa kerosakan selain dalam keadaan kotor," ujarnya di laman Facebook Tanya Peguam.

Dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, segala kos baik pulih dan pembersihan yang dibuat akan ditolak daripada wang deposit penyewa.

"Deposit penyewa saya tolak untuk pembaikan kerosakan dan cuci rumah.

"Namun penyewa menidakkan tanggungjawab mereka untuk deposit ditolak," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah keluar, ‘owner’ enggan pulangkan deposit... Tolak segala kos baik pulih sepanjang tempoh sewaan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah, tinggalkan hutang dan sewa tertunggak! Tuan rumah gigit jari tak minta deposit, siap bagi pinjam duit

Tindakan yang diambil itu menyebabkan penyewanya tidak bersetuju dan menuntut untuk melihat resit kos pembaikan dan upah pembersihan yang dilakukan.

Bukan itu sahaja, penyewa juga mendakwa bahawa kerosakan yang berlaku adalah perkara normal melibatkan elemen wear and tear.

"Keadaan rumah ditinggalkan kotor, namun apabila kos pembersihan dikenakan, penyewa mendakwa itu adalah normal wear and tear.

"Kos pembersihan pula dikenakan lebih tinggi daripada kebiasaan kerana pencuci menggunakan bahan mencuci agak banyak daripada pembersihan biasa," tambahnya lagi.

Bagi mendapatkan kepastian, dia turut memuatnaik beberapa keping gambar berkaitan kerosakan dan kekotoran termasuk bangkai cicak di celah pintu.

Cerewetnya pemilik, lebih baik tak payah sewakan rumah... semua perkara nak rembat (caj) deposit penyewa, susah la.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, hantaran yang dibuat itu mendapat kritikan daripada warga maya dengan kebanyakannya beranggapan dia sengaja mencari alasan untuk tidak mengembalikan wang deposit penyewa.

"Normal dua tahun jadi macam ni, (baik pulih dan pembersihan) patut kos ditanggung pemilik. Kalau rasa nak telan duit penyewa, sila... penyewa keluar mesti perlu bersihkan sikit-sikit atau baiki bahagian wear and tear.

"Semua perkara kau nak rembat (caj) deposit penyewa, susah la.

"Bab karat tu, kalau rumah tak pernah duduk pun boleh berkarat besi-besi tu, punca dengan haba, air atau embun.

"Cerewetnya pemilik, lebih baik tak payah sewakan rumah... bagi hantu duduk ye makcik," ujar beberapa warga maya yang tidak bersetuju dengan permintaannya.

Kebanyakan warga maya berpandangan apa yang dinyatakan itu adalah kerosakan normal bagi penghuni hampir dua tahun.

Kebanyakan warga maya berpandangan apa yang dinyatakan itu adalah kerosakan normal bagi penghuni hampir dua tahun.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman berhadapan pemilik rumah enggan memulangkan deposit walaupun kediaman ditinggalkan dalam keadaan bersih dan baik.

"Sebelum keluar saya dah siap bersihkan rumah, tukarkan lampu baru walaupun masa masuk rosak, pintu reput diganti baru sebab tuan rumah selalu bertangguh nak betulkan dan grill berkarat pun saya cat sendiri.

"Masa nak serah kunci, pemilik cakap akan transfer... tiba-tiba dia cakap nak kena potong deposit sebab nak bersihkan rumah dan baiki kerosakan.

"Saya lawan sebab tahu macam mana tinggalkan rumah dan kebetulan masa nak masuk rumah memang ada ambil gambar yang kotor, kemudian baru dia cakap nak pulangkan deposit selepas dapat gaji," kongsinya.

Bagaimanapun katanya, pemilik rumah tersebut masih belum memulangkan keseluruhan wang deposit dan berbaki RM400.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain