suria

Harga kerepek RM480, pelanggan baik hati hulur 1K! Pemuda ini borong semua, gembira nenek penjaja kaki lima boleh balik awal

Video yang dikongsi Haiqal menerima pujian warga maya.

SEBAGAI manusia biasa, hati kita pastinya tersentuh melihat orang tua yang sepatutnya berehat di rumah namun masih terpaksa mencari rezeki dengan berniaga di tepi jalan.

Begitulah juga yang dirasakan pemuda dikenali sebagai Haiqal apabila dia melihat seorang wanita sedang berniaga kerepek di kaki lima sebuah bank di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Menerusi video di TikTok, peniaga wanita dari Alor Gajah, Melaka itu mendedahkan dia hanya meraih untung RM1 sahaja daripada setiap paket kerepek yang dijual.

kerepek 2

Haiqal bermurah hati memborong semua kerepek dan memberi wang ekstra kepada peniaga itu.

"Acik ambil (beli) RM11 dengan cikgu, acik jual RM12. Dapat (untung) seringgit," ujar wanita itu yang berniaga sambil ditemani anak lelakinya.

Pemuda itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memborong semua kerepak yang daripada peniaga itu.

"Saya sebenarnya nak borong semua, boleh ke? Makcik kira berapa, tak pun saya kira sekali berapa. Saya nak beli semua ni.

Saya masukkan (video) dekat TikTok, saya promote... boleh ke? Nanti orang ramai datang, insya-Allah.

HAIQAL/BRO QAL

"Lepas tu saya nak bagi kat orang la, panggil orang yang bawa kereta, mereka lalu, saya akan bagi.

"Acik, kalau saya masukkan (video) dekat TikTok, saya promote, boleh ke? Nanti orang ramai datang, insya-Allah," ujar pemuda itu lagi.

Haiqal kemudiannya menyerahkan wang tunai RM1,000 kepada peniaga itu meski pun kesemua kerepak yang diborong hanyalah berharga RM480.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua jual 25 jenis lauk dalam kereta, harga RM5 ramai tak tergamak nak bayar - “Berniaga ke sedekah ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai warga emas lengang, orang singgah tapi tak jadi beli... Pemuda dapat jawapan lepas curi dengar perbualan

"Ini acik... ada RM1,000. Tak apa, yang lebih halal. Jangan bagi saya baki. Hari ini boleh balik awal," ujar Haiqal yang turut dikenali sebagai Bro Qal.

Tindakan spontan Haiqal yang bermurah hati untuk bersedekah ternyata menggembirakan peniaga itu yang terus mendoakan agar dia mendapat jodoh yang baik.

Kerana terlalu gembira, peniaga itu juga cuba mencium tangan Haiqal ketika mereka bersalaman.

kerepek 5

Peniaga ini bersyukur apabila kerepek jualannya habis terjual.

Haiqal bagaimanapun menarik tangannya kerana segan dilayan sebegitu oleh insan yang lebih berusia.

Di akhir pertemuan, Haiqal turut menyerahkan wang tunai RM500 sebagai duit belanja kepada peniaga berkenaan.

Dalam video tular itu, Haiqal turut dilihat berdiri di tepi jalan sambil mengagihkan kesemua kerepek kepada pengguna jalan raya.

kerepek 3

Haiqal mengagihkan kerepek yang dibeli kepada pengguna jalan raya.

Sehingga kini, video itu menerima hampir 100,000 tontonan dan turut dihujani dengan pujian daripada pelayar TikTok.

"Mantap bro, teruskan usaha membantu peniaga kecil. Semoga murah rezeki.

"Alhamdulillah, jarang jumpa orang muda sebaik awak dik," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain