SEBAGAI peniaga, tentunya banyak ragam pelanggan dapat disaksikan ketika mereka datang ke gerai makanan bagi mengisi perut dan memenuhi selera masing-masing. Bagi seorang lelaki, kedatangan sepasang suami isteri ke gerainya yang menjual nasi berlauk menjadi perhatiannya. Menurut peniaga itu, pasangan warga emas berusia dalam lingkungan 70an itu kerap dilihat berkunjung ke gerainya di Masjid Tanah, Melaka. Antara lauk yang dijual di gerai berkenaan. Foto FB Aazd Melaka Namun sehingga ke hari ini, pasangan itu dikatakan masih belum berkesempatan untuk membayar makanan yang dimakan di gerainya. Bukan marah atau melepaskan rasa tidak puas hati, sebaliknya penjual lauk murah itu kekal tenang dan memahami situasi sebenar yang dilalui suami isteri berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap banyak duit, suami jadi ‘bank’ kawan-kawan... Culas bayar nafkah, kereta isteri pun bagi rakan pinjam berminggu ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun sara keluarga, jadi tukang bayar loan bank dan hutang Ah Long suami... Isteri tak pernah tahu mana pergi wang dipinjam "Pakcik, ambil la makanan kat gerai saya ni kalau ini salah satu cara yang boleh membahagiakan pakcik dan makcik. "Walaupun saya tahu pakcik tak ada duit, tapi pakcik tak pernah minta percuma. Saya pun iyakan saja kalau pakcik cakap lusa dapat duit Maim (Majlis Agama Islam Melaka) dan duit JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) pakcik (akan) bayar. "Macam-macam alasan pakcik bagi kat saya demi jaga air muka pakcik sebagai suami," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook. Sebuah gerai di Masjid Tanah, Melaka menerima kunjungan ramai pelanggan. FB Aazad Melaka Bercerita lanjut, dia yang juga seorang suami memahami keadaan lelaki warga emas itu, malah kedatangan mereka sentiasa dialu-alukan. "Saya faham pakcik, datang je hari-hari. Sehari kalau pakcik tak datang, saya risau dan rasa berdosa. "Saya memang dah halalkan untuk pakcik. Kalau pakcik hulur duit pun, saya tolak. Melainkan pakcik tiba-tiba jadi kaya, naik Mercedes," ujarnya sambil menambah gerainya yang menjual lauk pada harga murah itu turut menyediakan minuman secara percuma kepada pelanggan. Allah sedang menguji kita, bukan pakcik dan makcik tu... insya-Allah datang Melaka, saya singgah beli. WARGA MAYA Sedikit pun tidak berasa terbeban, malah dia kagum dengan sikap suami isteri itu meskipun hidup susah. "Kita rasa diri kita serba kekurangan, tapi ada lagi insan yang lebih susah. Walaupun pakcik ni orang susah, dia tak pernah lagi minta percuma dan dia tak terus ghaib ibarat orang menipu. Dia datang lagi. "Ini ujian untuk saya juga. Dalam gambar tu, dia tengah pilih bahagian yang lembut-lembut sebab gigi bini dia semua dah tak ada. Allahu, bagus dia jaga bini dia. "Dia cakap... yang ni pakcik bayar nanti ye, sekali yang lepas-lepas boleh? Bank hold duit pakcik la. Saya cakap semua yang lepas kira-kira RM200, gelak dia," katanya merujuk kepada gambar yang dimuat naiknya dalam hantaran sama. Lauk yang menarik perhatian para pelanggan. Bagaikan menyelami kesusahan mereka, peniaga itu sentiasa sedia menerima kedatangan pasangan itu ke gerainya. "Ambil jelah pakcik, nanti kira je saya cakap. Tapi janji pakcik datang lagi. Bayar tak bayar belakang kira. Tengok pada pandangan mata dia, saya tahu banyak kesusahan yang dialaminya selama ni. "Terima kasih pelanggan yang selalu datang kedai saya membeli. Boleh saya kongsikan bersama yang memerlukan," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terharu dengan kemurahan hati peniaga tersebut. "Semoga dimurahkan rezeki buat tuan punya gerai ni, tiba-tiba mata saya masuk habuk. "Allahu, Allah sedang menguji kita, bukan pakcik dan makcik tu. Insya-Allah datang Melaka, saya singgah beli. "Semoga Allah lipat gandakan rezeki abang, sentiasa dan memberikan pahala yang mengalir seperti sungai yang tiada penghujung," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube