suria

‘Ninja’ berkelubung hitam sering dipandang serong, dilabel berlebihan tutup aurat... Wanita ini pelik pemikiran orang bukan Islam lebih baik

Wanita ini tampil memberi penjelasan selepas ada yang mempertikaikan pemakaiannya.

SEORANG jurulatih kecergasan wanita menerima kritikan gara-gara tindakannya memakai burqa sehingga tidak menampakkan raut wajah.

Menggelarkan diri sebagai Ninja Trainer, wanita itu tampil memberi penjelasan selepas seorang individu menuduhnya berlebih-lebihan dalam menutup aurat.

"Terlebih belajar tutup aurat. Allah pun kata muka dengan tapak tangan tak salah dibuka tapi ada yang lebih-lebih pula," komen seorang individu di TikTok.

burqa 3

Jurulatih kecergasan ini menerima kritikan segelintir individu gara-gara pemakaiannya.

Menurut jurulatih kecergasan itu, dia tidak melenting dengan komen berkenaan, sebaliknya menasihati agar orang ramai mempelajari tentang pemakaian burqa.

"Untuk siapa yang tak faham ini pakaian apa, pakai masa bila, tak apa. Kalau anda belum tahu dan belajar, take your time to learn.

"Saya sendiri mengambil masa untuk belajar pasal pakaian ini. Saya bukanlan terus-terus pakai pakaian begini. Apa yang saya pakai ni namanya burqa.

Saya dapati lebih ramai non Muslim yang faham dan hormat akan pakaian ini jika nak dibandingkan dengan orang Islam sendiri.

NINJA TRAINER

"Untuk sesiapa yang tak tahu, anda boleh pergi cari dekat Internet. Jadi kali ini saya jawab dengan baik, bukan dengan sinis," jelasnya.

Menurut wanita itu, dia peka mengenai kecaman yang dilemparkan terhadapnya, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berdakwah kepada orang ramai.

"Tidak dinafikan memang susah untuk saya kekal dengan pakaian ini, sebab mendapat banyak cemuhan dan hinaan daripada orang. Yang paling utama di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang tengok rimas, tapi ibu 7 anak ini relaks masuk maraton pakai jubah... Paling padu ‘Ninja runner’ mampu naik podium!

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Berpurdah, kurang ilmu bertukang tak halang gadis ini ikat bata bina bilik untuk adik - “Tinggal nak pasang pintu dan plaster je”

"Namun, insya-Allah saya tetap akan terus pakai dan mempengaruhi lebih ramai orang pakai pakaian yang baik ini. Kenapa saya cakap ia pakaian yang baik?

"Sebab pakaian ini pakaian anak Rasulullah, Saidatina Fatimah Az Zahra yang dikatakan tak tahu mana depan, mana belakang, dan hanya ada satu lubang kecil di bahagian mata kiri untuk beliau melihat jalan," jelasnya.

Dakwa jurulatih kecergasan itu lagi, dia turut mendapati penganut agama lain lebih menghormati pakaian itu berbanding kebanyakan orang Islam sendiri.

burqa 2

Antara komen yang diterima oleh wanita itu.

Namun katanya, situasi itu tidak pelik memandangkan sudah disebutkan bahawa manusia akan kembali ke zaman kejahilan menjelang akhir zaman.

"Saya mendapati lebih ramai non Muslim yang faham dan hormat dengan pakaian ini jika nak dibandingkan dengan orang Islam sendiri.

Akhir zaman memang Islam akan jadi teramat terasing dan Rasulullah pun pernah bersabda yang akhir zaman ni akan kembali kepada jahiliyah," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain