suria

Bapa bankrap meninggal tanpa sempat langsai pinjaman lebih 50K... Anak buntu 'dikejar' syarikat pengutip hutang

Urusan hutang si mati wajib diselesaikan oleh waris. -Gambar hiasan

MENANGGUNG hutang atau beban kewangan orang tersayang selepas ketiadaannya dirasakan berat bagi sesetengah individu.

Situasi itulah perlu dihadapi seorang individu yang terpaksa menguruskan hutang bapanya yang meninggal dunia pada September lalu.

Berkongsi cerita melalui satu hantaran di Facebook, isu utama yang timbul adalah hutang pinjaman kereta dengan bank berjumlah lebih RM50,000.

Disebabkan tidak dapat membayar pinjaman tersebut, nama bapanya telah dimasukkan ke dalam senarai individu status muflis.

Seorang anak mengadu terpaksa menyelesaikan hutang ditinggalkan arwah bapa. -Gambar hiasan

"Saya telah rujuk insolvensi, dan jabatan itu suruh saya berunding dengan pihak bank. Wakil bank itu suruh saya call nombor ibu pejabat bank di Kuala Lumpur.

"Pihaknya beritahu kes ayah saya telah 'dibeli' oleh syarikat kutip hutang," ujarnya menceritakan situasi yang dilalui.

Jelasnya lagi, disebabkan kerap dihubungi, dia berasa bimbang dan ragu-ragu jika menjadi mangsa penipuan atau berurusan dengan agensi yang tidak sah.

Mana tidaknya, kewujudan pelbagai syarikat kutip hutang tidak bertanggungjawab semakin banyak dikongsikan di media sosial pada masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Waris terkejut arwah mak terkait hutang RM53k! Rupanya jadi penjamin anak kawan belajar overseas... Risau urusan akhirat tergantung

ARTIKEL BERKAITAN: Roh tergantung, ustaz didatangi arwah makcik dalam mimpi... Minta tolong langsai hutang RM150 ketika hidup

"Syarikat berkenaan mengatakan boleh berunding mengenai bayaran seperti ansuran dan sebagainya.

"Saya nak tanya tuan puan yang berpengalaman di sini, betulkah perjalanan urusan saya ni?

"Takut juga kena scam atau urusan yang tak perlu boleh skip (elak), boleh la jimat sikit urusan kos, masa, kudrat semua," ujarnya.

Kami waris nak selesai cepat hutang dan nak hidup sederhana sahaja.

ANAK PENGHUTANG

Rupa-rupanya ramai juga yang mengaku berada dalam situasi sama dengannya selepas perkongsian ini mendapat perhatian warga maya.

Sebahagian daripada mereka juga menasihatkan pengadu supaya sentiasa berwaspada dan tidak terburu-buru untuk membayar hutang tersebut.

Menurut pengadu, dia menerima maklum balas terbaharu daripada pihak syarikat kutip hutang di mana mereka menawarkan diskaun untuk jumlah hutang dikurangkan kepada RM35,000.

Bagaimanapun, penawaran tersebut adalah dengan syarat, yang mana jumlah penuh harus dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi Malaysia.

Komen netizen di Facebook.

"Saya mungkin nak buat rayuan akhir dan nak pastikan kereta kena pulangkan atau tidak. Kereta pun sudah tersadai lama lebih 10 hingga 15 tahun. Arwah ayah tutup dengan kanvas di porch.

"Pihak syarikat dan Insolvensi juga beritahu saya perkara sama... sebagai waris tak boleh abai hutang bankrap ayah ni sebab takut nanti harta arwah yang lain kena sita seperti rumah.

"Setakat ni akaun bank ayah ada pencen sahaja dibekukan sebab pihak bank 'tarik' jumlah RM500 setiap bulan untuk langsaikan hutang bankrap.

"RM500 tu 'makan' tahun juga nak hadap, kami waris nak selesai cepat hutang dan nak hidup sederhana sahaja," ujarnya meluahkan apa yang terbuku di hati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain