suria

Masuk IPT kena ‘pulau’, tiada rakan ajak siapkan tugasan... Mahasiswi ‘introvert’ tebal muka tagih simpati pensyarah

Fasa melanjutkan pengajian di universiti banyak mengajar seseorang berdikari. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan segelintir individu bersikap pendiam, berat mulut atau kurang pandai bergaul sekali gus menjadikan mereka dalam kalangan golongan introvert.

Bukanlah satu kesalahan, namun sikap sebegitu sebenarnya boleh mengundang kesulitan lebih-lebih lagi apabila menjejakkan kaki ke menara gading, seterusnya ke dunia pekerjaan.

Golongan ini akan berdepan dengan beberapa cabaran di universiti yang lebih bersifat sosial dan aktif, antaranya ketika melakukan tugasan (assignment) secara berkumpulan dan aktiviti kampus.

Situasi tersebut dialami sendiri oleh seorang mahasiswi yang berkongsi luahan hati di laman TikTok.

pic 1

Perbualan mahasiswi berkenaan dengan rakan sekelasnya.

"Kongsikan di sini (media sosial) sebab saya tiada sesiapa untuk luahkan.

"Tapi saya tak salahkan orang lain sebab diri sendiri tak tahu nak bergaul atau terlalu introvert.

"Saya tidak rasa seperti berada di tempat ini lagi," luahnya menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam video yang dikongsikan, mahasiswi tersebut memuat naik beberapa tangkap layar (screenshot) perbualannya bersama pensyarah dan rakan sekelas menerusi aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita serik kasihankan individu ‘introvert’! Sikap buruk terbongkar lepas ajak masuk grup, dalam diam buat onar

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan introvert berat mulut, gelisah diajak borak... Tenangkan mereka guna teknik ‘senget kepala’

Perbualan itu menunjukkan kesukarannya mendapat pasangan (partner) untuk melakukan tugasan secara berkumpulan kerana dia seolah-olah tidak wujud atau diketepikan kerana tidak menonjol lantaran bersikap introvert.

"Untuk article review kau dah ada pair?

"Siapa lagi yang belum ada pair dalam kelas kita?" mesejnya kepada beberapa rakan.

pic 2

Antara tangkap layar perbualan yang turut dikongsikan mahasiswi berkenaan.

Bagaimanapun, jawapan yang diterimanya menghampakan kerana rakan-rakannya sudahpun mempunyai kumpulan masing-masing.

"Assalam Madam, untuk article reviews kalau tak ada pair boleh ke buat individual?

"Setiap pelajar perempuan sudah ada pasangan," demikian mesejnya kepada pensyarah.

Saya mula-mula macam ni, introvert juga. Tapi sebab saya perform buat assignement, score exam, presentation tip top, carry mark selalu tinggi... kawan yang cari saya.

NETIZEN

Dalam jawapan balas, pensyarahnya akhirnya membenarkan tugasan tersebut dilakukannya secara berseorangan.

"Diketepikan dan saya tidak tahu bagaimana nak rasa tentang perasaan ini. Tetapi ia sangat menyakitkan seperti saya rasa ingin berputus asa," tulisnya lagi.

Perkongsian mahasiswi berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat buat dirinya agar terus positif.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi serupa di samping menasihatkan mahasiswi tersebut agar cuba perlahan-lahan mengubah sikapnya demi kebaikan diri sendiri.

komen uni

Reaksi sebahagian netizen terhadap perkongsian mahasiswi berkenaan.

"Masih ingat saya menangis setiap malam kerana dipinggirkan dan tiada kawan untuk meluah. Sakit kerana perlu berjalan sendiri dan melakukan semuanya bersendirian.

"Pernah alami, pernah rasa susah nak cari groupmate. Sampai tanya dalam group class. Tapi seorang pun tak endah. Akhirnya saya buat sendiri.

"Tip saya, saya selalu bertanya kepada orang pada setiap kelas pertama. Belum apa-apa, saya dah tanya dulu.

"Saya mula-mula macam ni, introvert juga. Tapi sebab saya perform buat assignement, score exam, presentation tip top, carry mark selalu tinggi... kawan yang cari saya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan