suria

Bapa terkedu dapat soalan cepumas gara-gara isteri hamil... Ibu terhibur gelagat anak, tak sangka ada mesej tersirat

Jasreen hanya mampu tersenyum selepas menerima soalan daripada anaknya.

"SIAPA buat mama mengandung?"

Soalan 'cepumas' daripada seorang anak berusia empat tahun membuatkan seorang bapa terkedu untuk menjawabnya.

Video mencuit hati itu dimuat naik oleh isterinya, Nur Fatin Mohd Nasir, 26, yang terhibur dengan gelagat anaknya, Jebat Asyraff Mohd Jasreen menerusi satu hantaran di TikTok.

Bercakap kepada mStar, Fatin memberitahu video tersebut dirakam sendiri oleh anaknya ketika berbual dengan suaminya, Mohd Jasreen Jasmi Roslindar, 28, yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja.

Fatin dan suami bersama anak-anak.

"Mulanya anak tanya saya kenapa perut mama (panggilan Fatin) buncit. Sebelum ini tak ada pun tanya kenapa tiba-tiba 'besar'. Anak tanya siapa buat?

"Saya cakap papa (panggilan suami) balik kerja nanti, Jebat (anak) tanya papa tau. Masa suami balik kerja, masuk rumah nak ajak kami keluar masa tu.

"Anak kemudian datang dekat, dia minta telefon saya. Macam biasa saya pun bagi je sebab dia memang suka ambil gambar dan video guna telefon saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak relaks masuk sekolah siap jalan seluk poket, risau pula bapanya dah macam tukang kebun - “Lama-lama boleh serap jadi cikgu”

ARTIKEL BERKAITAN: Aduh! Sampai hati adik mainkan perasaan kakak, umur 2 tahun dah pandai bagi fake hope - “Kalau dekat gaduh, bila jauh rindu”

Fatin yang kini sarat mengandung anak ketiga bagaimanapun tidak menyangka anaknya itu akan masuk ke biliknya untuk bertanya soalan tersebut.

Malah, si cilik itu juga turut merakam video ketika soalan itu diajukan kepada bapanya yang berkhidmat sebagai anggota pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Anak saya bukan setakat rakam, dia siap zoom muka papa dia ketika tanya soalan tu. Tapi sampai sekarang ayah dia tak ada jawapan nak bagi.

"Sampai sekarang juga dia masih duduk ulang tanya dekat saya soalan tu. Cuma lepas tu Jebat pesan dekat saya mama tak payah mengandung lagi," katanya.

Dia cakap kasihan tengok saya sakit bahagian kaki dan muntah-muntah selalu.

NUR FATIN

Menurut Fatin yang berumah tangga sejak lima tahun lalu, dia begitu terharu dengan sikap anak sulung yang begitu prihatin dengan keadaannya yang sedang hamil.

Sehingga kini, video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan aksi yang melucukan.

Kata Fatin lagi, hantaran yang dikongsikannya di laman sosial itu hanyalah bertujuan untuk mengabadikan momen manis buat keluarga kecilnya.

Fatin dan Jasreen sudah berumah tangga selama lima tahun.

"Saya rasa dia boleh cakap macam tu pun sebab Jebat kasihankan saya. Dulu pernah juga tengok dia duduk membebel dekat papa.

"Dia tanya kenapa buat mama mengandung? Dia cakap kasihan tengok saya sakit bahagian kaki dan muntah-muntah selalu. Jebat cakap tak payah mengandung lagi, keluarkan baby tu cepat.

"Sebagai ibu, saya gembira tengok dia sekarang dah petah bercakap walaupun baru berusia empat tahun lebih. Tapi cara pemikiran dia lebih matang daripada umurnya," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan