suria

Bergelumang maksiat, tiduri lebih 10 lelaki... Wanita tawar khidmat seks mahu bertaubat tapi risau kisah lama terbongkar

Gejala sosial merupakan isu yang membimbangkan. -Gambar hiasan

TERJERUMUS dalam lembah maksiat dan bergelumang dengan dosa, antara realiti kehidupan hari ini.

Sebesar manapun kesalahan dan dosa itu, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang benar-benar insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan.

Namun, bukan mudah bagi segelintir pendosa untuk melupakan kisah hitam mereka sehingga membuatkan kehidupan mereka tidak tenteram.

Menerusi platform X, seorang wanita meraih perhatian warga maya selepas dia berkongsi kisah mengenai penghijrahannya.

taubat (1)

Pintu taubat sentiasa taubat bagi mereka yang insaf dan mahu berubah menjadi lebih baik. -Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, dia bimbang sejarah hitam mengenai dirinya pernah menyara kehidupan dengan menyediakan khidmat seks akan terbongkar.

"Pernah menyundal dulu tahun 2019 hingga 2020. Pernah dapat sampai RM10,000 sebulan. Dalam sebulan, saya tidur dengan lebih 10 lelaki.

"Tahun 2023, saya mula jalin hubungan serius dan mungkin akan berkahwin. Namun, makin serius hubungan itu, makin saya bimbang dan takut kantoi dengan bakal suami," luahnya.

Saya tahu saya tak sepatutnya buka aib sendiri tapi saya takut ia akan berlaku nanti.

PENGADU

Bercerita lanjut, dia mengakui sudah menjauhkan diri daripada rakan-rakan lama yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Namun dirinya tetap bimbang sekiranya ada dalam kalangan mereka yang masih bergiat aktif dalam aktiviti tersebut akan membocorkan rahsianya itu kepada bakal pasangannya.

"Saya dah remove dan buang kawan-kawan yang ada kaitan dengan saya dulu. Saya takut suatu hari nanti salah seorang daripada mereka bocorkan rahsia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpanan lari balik kampung, ketakutan ‘sugar daddy’ minum darah haid ketika ‘bersama’... Katanya syarat bela saka!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern tinggal di hotel 6 bulan, kelakar pula dikata ada sugar daddy – “Saya jual apa yang boleh, mudah”

"Takut mereka screenshot perbualan kami tentang sugar daddy dan hantar kepada bakal suami saya. Ada ke peluang untuk Allah betul-betul nak tutup aib kita?

"Sejujurnya makin serius hubungan, saya makin takut yang semuanya akan kantoi. Saya tahu saya tak sepatutnya buka aib sendiri tapi saya takut ia akan berlaku nanti," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen mendoakan pengadu agar dia terus istiqamah untuk berubah dan menjauhi dosa atau maksiat yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Solat taubat sehingga kamu rasa lapang dadamu. Lepas tu, doa supaya Allah jaga aib kamu sampai mati.

Photoshoot for MOB Top 10 pet peeves in the cinema. AZMAN GHANI/ The Star

Kehidupan tidak tenang kerana dihantui dosa lampau. -Gambar hiasan

"Kenapa takut dihakimi manusia, sedangkan Allah Maha Pengampun. Taubatlah. Kalau saya terus terang saja, terpulang kepada dia untuk terima atau tidak," komen netizen.

Pada masa sama, ada yang turut meletakkan kesalahan ke atas wanita itu meskipun dia mahu bertaubat dan berubah kepada lebih baik.

"Kamu tak layak untuk bahagia. Kamu pentingkan diri, kasihan bakal suami kamu.

"Aku kasihankan bakal suami dia dapat orang macam ni. Sampai tidur dengan 10 lelaki," tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan