suria

Pemuda dilema nak nikah, tunang kaki hutang tapi jenis liat bayar... Risau kena tanggung ‘loan’ isteri lepas kahwin

Banyak perkara perlu dibincangkan dengan pasangan temasuk hal kewangan menjelang hari perkahwinan. -Gambar hiasan

BAKAL pengantin pastinya berdebar-debar menantikan majlis perkahwinan yang semakin hampir.

Bukan hanya perlu memikirkan tentang persiapan dan kelancaran majlis, persediaan mental dan fizikal juga perlu diambil kira.

Bagi seorang pemuda, dia kini berdepan dengan ujian melibatkan isu kewangan sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

Isu kewangan boleh mengakibatkan hubungan menjadi renggang. -Gambar hiasan

Dia yang berusia 25 tahun buntu memikirkan tanggungjawabnya sebagai suami kelak, sama ada perlu menanggung hutang isteri kerana perlu juga membuat bayaran nafkah dan komitmen lain.

Jelasnya, ketika ini tunangnya itu sering meminjam wang daripadanya tetapi sukar untuk membayarnya semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu cinta isteri sampai sanggup pinjam Ah Long tapi bercerai jua! Suami penyayang sedih pengorbanan tak dihargai

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sangkut’ ujian air kencing, wanita lega sikap tunang terbongkar 3 bulan sebelum nikah! Pandai ‘cover line’, langsung tak syak apa-apa

"Wajib ke kita tanggung hutang bakal isteri selepas kita kahwin dengan dia?

"Sekarang ni pun dia asyik 'loan' dengan aku. Itu pun dia liat nak bayar. Macam mana pula lepas kahwin nanti?" luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bukan soal berkira tapi ini ambil kesempatan.

WARGA MAYA

Bercerita lanjut, kata pemuda itu, perkara ini sering dibangkitkan atas dasar prihatin namun gagal untuk diselesaikan dengan cara baik.

"Bila aku ajak bincang tentang hal ni, dia merajuk sampai tak mau bercakap. Apa yang aku perlu buat," katanya yang buntu memikirkan masalah ini, apatah lagi majlis perkahwinannya semakin hampir.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan nasib pemuda itu yang perlu berdepan dengan sikap tunang yang kuat berhutang dan culas untuk membayar balik.

Pemuda buntu memikirkan tentang sikap tunangnya. -Gambar hiasan

Kebanyakannya mencadangkan agar perbincangan dilakukan sebelum berkahwin bagi mengelakkan sebarang masalah selepas menjadi pasangan suami isteri yang sah.

"Banyak benda tak bincang habis sebelum tunang. Kewangan masing-masing jaga, jangan terkesan pada pasangan. Benda asas ni. Hutang sendiri selesaikan, kecuali lepas kahwin kau nak dia jadi suri rumah sepenuh masa, itu ya kau kena tanggung hutang dia.

"Tak wajib, itu kan duit dia. Dia yang berhutang sebelum kahwin. Dia kena selesaikan. Kalau dia suruh awak take over, cari lain je. Kalau dengan awak pun dia liat nak bayar, maknanya dia pun liat bayar dekat bank. Bukan soal berkira tapi ini ambil kesempatan.

"Memang kena bincang. Ada orang yang dia memang tak nak isteri dia kerja dan sanggup take over hutang-hutang isteri sebab mampu. Awak tengok kemampuan diri sendiri dulu. Kalau memang tak mampu, bincang awal-awal. Nanti jadi point bergaduh lepas kahwin, lagi payah," demikian antara komen warga maya.

Pada masa sama, segelintir individu berpandangan bahawa orang yang kuat berhutang dan gagal menguruskan kewangannya dengan baik bukanlah calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

"Orang kuat berhutang jangan dibuat pasangan. Abaikan dia merajuk dan pujukan. Lepas kahwin nanti bukan setakat kad kredit maxed out, tiba-tiba dapat surat tuntutanlah, Ah Long datang carilah, nama blacklist CTOS lah," kata warga maya yang merujuk kepada kesan culas bayar hutang yang menjejaskan rekod pengurusan kredit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan