suria

Putus cinta selepas makwe hutang RM30,000, lelaki susun strategi dapatkan semula wang guna emas... Peguam bagi ‘lampu hijau’

Hutang pengadu hanya dibayar menggunakan sejumlah emas. -Gambar hiasan

DALAM percintaan, banyak pengalaman manis dan pahit dilalui namun tidak semua hubungan akan berakhir di jenjang pelamin.

Begitulah juga kisah lelaki ini yang meluahkan kekesalannya kerana pernah membantu seorang wanita yang kini hanya bergelar bekas kekasih.

Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki ini berkata dia telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membantu wanita itu memenuhi kehendak dan mencapai cita-citanya.

Seorang lelaki sanggup mengeluarkan RM30,000 untuk memenuhi permintaan kekasih. -Gambar hiasan

"Bekas kekasih ada berhutang dengan saya dalam lingkungan RM30,000.

"RM8,000 untuk buat pembedahan rabun lasik sebab dia nak kerja badan beruniform.

"RM10,000 untuk deposit kereta, RM10,000 lagi nak kursus naik pangkat katanya. RM3,000 lebih lagi untuk deposit sewa bilik dan lain-lain," ujarnya dalam grup Tanya Peguam.

Bagaimanapun, hubungan itu berakhir tanpa mereka sempat berkahwin dan wanita itu tidak melangsaikan hutang-hutangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup disara, GF tolong langsai hutang... Pemuda enggan bayar balik duit awek lepas putus, tak pernah pun minta dibantu

ARTIKEL BERKAITAN: Semua belanja ditanggung, suami terkejut isteri ada hutang loan peribadi 360K! Ugut cerai jika ditanya, ajak bincang

Kini lelaki itu berdepan dengan dilema apabila bekas kekasihnya hanya mampu membayar sebahagian daripada hutang, itu pun dengan menawarkan emas bernilai lebih kurang RM10,000.

Selain itu, wanita berkenaan turut mahu menjual emasnya bernilai RM8,000 kepada bekas teman lelakinya kerana terdesak mahu menggunakan duit.

"Kemudian dia ada emas lagi dalam RM8,000. Dia kata nak jual dekat saya. Dia nak pakai duit," katanya.

Dengan adanya bukti transaksi dan resit bank, lelaki itu mula berfikir untuk mengambil sahaja emas yang ingin dijual tersebut tanpa mahu membayarnya, sebagai cara untuk mendapatkan semula baki hutang yang belum langsai.

"Jadi boleh ke saya nak tuntut duit tu? Dia kata nak bagi emas bernilai dalam RM10,000. Itu je dia nak bagi.

"Saya dengan sakit hati ni ingat nak ambil je nilai emas RM8,000 tu tak payah bagi dia duit tu. Ada apa-apa tindakan tak? Saya ada bukti resit bank in semua," katanya.

Ada cukup bukti tiada masalah boleh buat tuntutan.

PEGUAM

Kisah yang dikongsikan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan.

Selain memberikan nasihat, warga maya turut menitipkan pesanan supaya lelaki ini berwaspada dengan ketulenan emas milik bekas teman wanitanya.

"Saya pun pernah kena scam dengan bekas kekasih saya RM90,000. Akhirnya dia cakap kita tak ada apa-apa hubungan. Saya perempuan. Bekas kekasih tu lelaki. Betul, love scam tu wujud.

Komen netizen di Facebook.

"Ambil je dulu bang. Beritahu dia nanti abang bank in. Lepas tu jangan bank in. Beritahu dia kalau nak balik emas dia, suruh dia bagi abang RM6,000. Jadi selamat abang dapat balik RM14,000," komen netizen.

Dalam pada itu, seorang peguam menjelaskan tindakan yang boleh dilakukan lelaki ini untuk mendapatkan semula hak mengikut undang-undang.

"Ada cukup bukti tiada masalah boleh buat tuntutan. Cara nak bayar sama ada nak berbeza dengan emas atau sebagainya pastikan jumlah tu bersepadanan dengan jumlah terhutang.

"Boleh isu LOD (Letter of Demand) dan sebaiknya lantik peguam untuk terma-terma penyelesaian (jika ada) supaya hak anda dilindungi," komennya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain