ADA kalanya, dalam memilih pakaian kita terlalu fokus untuk tampil bergaya hingga terlupa tentang keselesaan. Itulah yang berlaku kepada perunding imej, Dr Wendy Lee ketika dia menghadiri satu acara besar di Bali, Indonesia. Menurut Wendy, pakaian dengan fesyen ala cheongsam yang digayakan semasa acara Global Speakers Summit 2024 kerap melorot sehingga menampakkan pakaian dalamnya. Perkongsian Wendy di TikTok meraih perhatian ramai. "Disebabkan tema baju adalah baju kebangsaan, saya pun pilih dress ala cheongsam yang agak istimewa sikit sebab nak nampak cantik, anggun, demure dalam kalangan 'orang putih' yang semuanya tinggi lampai. "Tapi malangnya pada hari kejadian, dress saya kejap-kejap nak melorot sampai bra saya pun nampak. Jadi saya memang tak boleh fokus langsung. Asyik-asyik nak tarik baju naik je," ujarnya. Menurut Wendy, dia akhirnya menukar pakaian yang lain kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini ketika berucap di pentas. Nak makan pun tak payah risau daging ayam ke, daging ikan ke jatuh dalam bra. DR WENDY LEE "Sebagai presiden persatuan, salah satu acara rasmi yang saya kena host adalah 'Presidential Cocktail'. Lepas tu rakan-rakan Malaysia pun datang tegur, mereka tanya saya pasti ke nak pakai dress itu, sebab nanti kena naik pentas. "Mereka suruh tukar dress yang tak buatkan saya stres. Jadi sebab saya dah tak boleh tahan, saya tukar ke outfit Melayu dengan tema songket," ujarnya sambil menambah acara itu dihadiri 300 penceramah profesional dari 35 negara. Menerusi perkongsian di TikTok, Wendy berkata dia gembira apabila busana tradisi Melayu itu menjadi penyelamat dirinya pada hari tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun ceria sedondon, baju Hello Kitty ‘terakhir’ cetus tanda tanya! Usahawan dedah beraya tanpa suami, menangis dalam tandas ARTIKEL BERKAITAN: Ada 7 beradik lelaki, pemuda akui lebih jimat beli kurta sempena Aidilfitri... Netizen pula berbalah isu tradisi baju Melayu Dia bukan sahaja boleh berucap dengan tenang, malah selesa untuk melakukan aktiviti lain sepanjang acara berkenaan. "Lepas tukar, tiba-tiba magic. Terus rasa demure dan confident. Tak adalah drama tarik sana, tarik sini. Saya boleh fokus masa bagi ucapan atas pentas. "Nak makan pun tak payah risau daging ayam ke, daging ikan ke jatuh dalam bra. Yang paling best, mat salih, minah salih semua kalah dengan team Malaysia yang bergaya habis dengan tema kebangsaan. "Jadi, pengajarannya, kalau nak nampak demure, confident, jangan pakai baju yang terlalu ketat, pendek, senget sana sini, lubang sana sini. Kena mindful," pesan Wendy. Ramai netizen memuji Wendy dalam persalinan rona hijau itu. Video yang dimuat naik oleh Wendy menerima hampir setengah juta tontonan di TikTok sehingga dihujani dengan pelbagai komen netizen. "Baju songket membuatkan awak nampak lebih segar dan elegen. Jujur saya cakap. "10 kali lebih cantik baju songket hijau tu berbanding dress pertama yang awak pakai. "Dr nampak sangat-sangat cantik dalam persalinan baju hijau. Nampak berseri. "Kalau pakai kebaya nyonya lagi best," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube