suria

Asbab tragedi pokok tumbang... Lelaki ini tak mahu tangguh peluk Islam, terus jumpa Firdaus Wong! Mengaku dah lama percaya Allah

Seorang lelaki tidak mahu melengahkan niat memeluk Islam selepas terbabit kemalangan. -Gambar hiasan (kanan)

PERJALANAN mencari hidayah terutama bagi mereka yang bukan beragama Islam semestinya mencabar kerana sudah lama menjalani kehidupan berlandaskan agama berbeza sebelum ini.

Perkongsian seorang lelaki yang nekad memeluk Islam selepas terlepas daripada maut dalam satu insiden pokok tumbang cukup menyentuh hati.

Kisahnya dikongsikan semula oleh Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung tanpa mendedahkan identiti lelaki berkenaan.

Sebagaimana diceritakan dalam hantaran di Facebook, lelaki itu memberitahu Firdaus Wong bahawa kemalangan ngeri yang meragut nyawa orang lain itu menjadi asbab dia berhijrah.

Firdaus Wong berkongsi foto ketika lelaki ini memeluk Islam.

“Sebenarnya saya sudah percaya pada Allah waktu abang saya syahadah (mengucap dua kalimah syahadah) dulu tapi... saya sepenuhnya percaya.

"Tapi selepas dua kali accident (kemalangan) ni, kalau abang tengok gambar kereta saya waktu tu... kereta kemek teruk dihempap pokok besar bang.

"Penumpang belakang saya mati tapi saya Alhamdulillah hidup. Bang tengok, kemek macam ini," ujarnya sambil menunjukkan foto insiden berkenaan kepada Firdaus Wong.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya lebih takut azab Allah” - Firdaus Wong lebih bimbang Allah tanya kenapa tak bantu orang dizalimi

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer agama didakwa angkuh, ugut wanita... Firdaus Wong tolong nasihat - “Jangan zalimi mereka yang lemah”

Bercerita lanjut mengenai insiden terbabit, lelaki mualaf itu meluahkan rasa syukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan dengan kepala terhantuk pada pokok walaupun berada di dalam kereta sama.

Selepas kemalangan itu, dia tanpa ragu-ragu terus memeluk agama Islam kerana percaya dan yakin bahawa Allah telah menyelamatkan dirinya dalam kemalangan tersebut.

Menurut pendakwah bebas itu dalam perkongsian pada Khamis, lelaki tersebut melafazkan dua kalimah syahadah di pejabatnya.

Bagi kita yang sudah muslim ni, apa pula tugas dalam dakwah Islam?

NETIZEN

"Apabila pasukan penyelamat nampak saya masih bernafas, mereka pun tidak percaya saya terselamat.

"Pelik bang, memang pelik. Saya yakin bang, ini Allah yang selamatkan saya. Saya bersyukur sangat kepada Allah, beri peluang untuk saya hidup lagi.

"Sebab itu saya tak nak tangguh lama-lama, saya beritahu abang saya yang saya hendak datang sini (MRM) untuk memeluk Islam sepenuhnya,” Firdaus Wong mengimbas semula kata-kata lelaki itu kepadanya.

Setelah mendengar perkongsian itu, terdetik rasa syukur di hati Firdaus Wong kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim tanpa perlu menghadapi cabaran yang berat seperti mana dilalui lelaki berkenaan.

Komen netizen di Facebook.

Perasaan syukur itu sekali gus mendorongnya untuk lebih bersemangat dalam berdakwah dan meneruskan usaha menyebarkan kebenaran.

Firdaus Wong berkata, seperkara menarik mengenai lelaki berkenaan, dia merupakan individu keempat dalam keluarganya yang memeluk Islam di MRM selepas ibu, bapa dan abangnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan terharu mendengar pengalaman dan kisah penghijrahan lelaki berkenaan.

"Alhamdulillah semoga istiqamah. Bagi kita yang sudah muslim ni, apa pula tugas dalam dakwah Islam?

"Semoga kita yang lahir dah muslim ni mampu tunjukkan akhlak yang mulia, mesra dan baik-baik penuh dengan ciri-ciri sifat kesabaran," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain