suria

Suami sedia semua nafkah asas, ‘top up’ lagi RM20 sehari... Malangnya isteri tak puas hati, duit beli ‘skin care’ tiada dalam senarai!

Isu nafkah sering kali menjadi topik utama yang dibahaskan antara suami isteri. -Gambar hiasan

NAFKAH adalah salah satu isu utama yang sering diangkat oleh golongan isteri, baik semasa masih dalam fasa perkahwinan mahupun selepas perceraian.

Bagi segelintir isteri, nafkah bukan hanya soal kewangan semata-mata, tetapi juga soal tanggungjawab, keadilan dan simbol kasih sayang daripada suami.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana mendakwa suaminya begitu berkira dan tidak menyediakan keperluan yang sepatutnya.

Ujar wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia hanya diberi RM20 setiap hari oleh suaminya sebagai wang belanja.

suami 2

Suami sebagai ketua keluarga perlu menyediakan nafkah buat isteri dan keluarga. -Gambar hiasan

"Ada tak suami yang bagi duit RM20 je sehari? Keperluan lain dia dah siapkan belaka untuk kita.

"Tapi duit skincare apa semua, tak pernah beri. Nak minta takut kena marah. Katanya skincare tak penting mana," luahnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tunjuk perangai kejam, letak syarat tarik tuntutan nafkah jika mahu cerai... Isteri bingung fikir nasib anak-anak

Menurut wanita tersebut, dia pernah menyuarakan perkara berkenaan kepada suaminya namun jawapan yang diberi oleh lelaki itu hanya mengundang kecewa.

"Apabila tanya pasal nafkah, dia kata semua benda dia sediakan. Tak perlu lagi minta. Sebab itu je yang dia mampu bagi.

"Ada tak yang macam saya jenis ambil je ikut suami bagi? Tapi ada la juga sesekali rasa macam tak cukup je," luahnya lagi.

Dia dah sediakan semuanya kira ok sangatlah tu. Duit RM20 simpan seminggu dah boleh beli skincare satu set.

NETIZEN

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya mengecam wanita berkenaan yang bukan sahaja disifatkan tidak tahu bersyukur selain gagal memahami konteks nafkah sebenar.

"RM20 sehari tu tiap hari bagi ke? Kalau selalu dapat bersyukurlah. Boleh je simpan beli skincare. Janji semua suami dah sediakan, tak minta isteri tolong tanggung itu ini.

"Dia dah sediakan semuanya kira ok sangatlah tu. Duit RM20 simpan seminggu dah boleh beli skincare satu set. Janganlah beli yang mahal-mahal, belilah atas kemampuan kita Insya-Allah cukup.

"Kalau dia dah sedia cukup semua, itulah nafkah. Pakaian, tempat tinggal, makan minum, keperluan asas diri. Cukup dah tu sis. Jangan banding-bandingkan dengan kehidupan orang lain," demikian antara komen netizen.

komen nafkah isteri

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Sebagai panduan bersama, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menghuraikan perihal kewajipan pemberian nafkah kepada isteri iaitu dengan menyediakan nafkah asas secara umum seperti makanan, alat kebersihan diri dan seumpamanya.

Ia diberi mengikut kemampuannya tanpa perlu menyatakan secara khusus.

"Suami juga tidak wajib untuk memberi wang, ini kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas yang disenaraikan ulama.

"Namun suami boleh menukar keperluan nafkah tersebut dengan memberi wang kepada isteri untuk membeli sendiri nafkah keperluannya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain