suria

Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak”

Abah mendakwa kunjungan ke rumah anaknya langsung tidak diendahkan.

SELAGI mereka masih bernyawa, hargailah ibu bapa seperti mana kita ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil hingga dewasa.

Namun sesuatu yang pahit untuk ditelan kerana wujud dalam kalangan kita memilih untuk melepaskan tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa ketika usia mereka semakin senja.

Perkara serupa terjadi kepada seorang bapa ini yang terpaksa menagih kasih dan sayang anaknya namun tidak diendahkan.

Menerusi video tular di TikTok, ramai tersentuh hati melihat perihal si bapa yang mundar-mandir di hadapan sebuah rumah dipercayai didiami anaknya sambil membawa bagasi.

Tangkap layar video dikongsikan lelaki tersebut di TikTok.

"Terlalu rindukan anak. Datang rumah tak buka pintu.

"Ya Allah... sampainya hati mu anak-anak," tulis si bapa di ruangan kapsyen mengiringi perkongsiannya itu.

Membahasakan diri sebagai 'abah', lelaki berkenaan berkata dia faham mengapa anak-anaknya bersikap dingin dan mengelak untuk bersua dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa menangis di stesen minyak ‘disidai’ anak, suruh datang tapi tak muncul! Nak balik tak cukup duit isi minyak motor

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis”

"Abah ni sudah tidak berguna, berpenyakit pula. Susah jaga orang tua.

"Dulu (masa kecil) rapat sangat. Selepas jatuh sakit, semua anak jadi begini," ujarnya lagi.

Sementara itu dia turut mendakwa pada masa tersebut menantunnya ada di rumah namun panggilan agar dibukakan pintu langsung tidak dijawab.

Sejahat mana pun seorang ayah, dia tetap ayah... semoga pakcik terus kuat dan dipermudahkan urusan.

NETIZEN

Dalam pada itu menjawab kepada pertanyaan warga maya yang ingin tahu sama ada video yang dikongsikan itu adalah kandungan media sosial atau ia benar-benar berlaku.

"Bukan content, bukan minta simpati... tapi inilah perjalanan hidup si tua ni.

"Yang rakam tu yang tolong hantarkan pakcik," katanya menjelaskan situasi.

Video meruntun jiwa itu ternyata mendapat pelbagai reaksi warga maya di ruangan komen.

Lelaki itu membalas komen beberapa netizen menjelaskan apa yang berlaku.

Rata-ratanya meluahkan rasa terkilan dengan sikap anak-anak pakcik tersebut yang mengabaikan bapa mereka sebagaimana didakwa lelaki itu sendiri.

"Apabila buat macam ni dekat orang tua... nanti apabila kita sudah tua, anak-anak pula yang buat kita. Semoga pakcik sentiasa dalam lindunganNya.

"Sejahat mana pun seorang ayah, dia tetap ayah. Sedih tengok abah dibuat macam tu. Semoga pakcik terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.

"Arwah ayah saya bukanlah yang terbaik macam orang lain tapi kami adik-beradik pakat jaga ke hujung nyawa. Ibu kami pun baik bertegur sapa walaupun sudah berpisah puluh tahun," ujar netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain