WAJAH jelita dikatakan mampu memberikan kelebihan kepada empunya badan dalam berdepan sebarang situasi dalam kehidupan. Paling ketara situasi ini dapat dilihat dalam mendapatkan sesuatu peluang pekerjaan atau kenaikan pangkat. Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita menceritakan pengalaman pahit yang dilaluinya ketika menaiki tren di ibu kota. Setiap wanita pastinya menitikberatkan tentang penampilan diri. -Gambar hiasan Menurutnya, ketika itu adalah waktu puncak dan gerabak sarat dengan penumpang, justeru dia bersama rakan-rakan terpaksa berhimpit sementara menunggu tren tiba di destinasi. "Stigma yang mengatakan wujud kelebihan untuk golongan berwajah cantik sesungguhnya benar. Ini pengalaman saya lalui sendiri. Untuk makluman, paras rupa saya boleh disifatkan sebagai biasa-biasa je. "Ketika kejadian, saya dengan kawan-kawan naik tren yang sedang sesak. Tiba-tiba ada seorang kawan lelaki cakap begini kepada saya, awak duduk la ke belakang sana sikit, bagi Aina (bukan nama sebenar) duduk depan sini. ARTIKEL BERKAITAN: Disepak ketika turun tangga, ibu geram anak darjah 6 dibuli... Tak cukup surat layang panggil sundal, dimalukan di TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dimalukan bakal bapa mentua ‘mulut laser’, pakai baju kerja pun jadi isu... Terus tanggal cincin tunang di meja makan! "Terkedu sekejap dengar kawan saya minta begitu, apabila saya tanya kenapa, dia cakap, Aina tu cantik, tak sesuai biar berhimpit dekat belakang, kena bagi dia selesa. Ya Allah, sampai ke hari ni masih terguris hati saya teringat ayat tu. "Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita," ujar wanita itu mengakhiri kata. Melewati ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsikan pengalaman mereka yang hampir serupa. Saya pernah tumpang kereta kawan, tiba-tiba pemandu kereta tu berhenti, dia minta saya tukar tempat duduk sebab kereta jadi tak seimbang. WARGA MAYA "Saya pernah berbadan gempal serta berkulit hitam. Kini saya berjaya rampingkan diri dan berkulit putih melepak. Sememangnya saya boleh simpulkan layanan orang sekeliling terhadap saya sangat berbeza dalam kedua-dua zaman itu. "SItuasi sama, kakak saya boleh dikatakan lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan saya. Ada satu hari tu, kami tengah turun tangga di pusat beli-belah. Pada waktu sama, ada sekumpulan lelaki duduk melepak dekat tepi. Pelayar bertukar pandangan. "Kakak saya jalan depan, mereka pun tegur cakap hati-hati jalan tu. Tapi apabila giliran saya lalu depan mereka, kumpulan lelaki tu hanya buat tak tahu je, seperti saya tak pernah wujud. Agak terasa juga la ketika tu. "Saya pernah tumpang kereta kawan, tiba-tiba pemandu kereta tu berhenti dekat tengah jalan, dia minta saya tukar tempat duduk sebab kereta jadi tak seimbang. Semua orang dalam kereta tu terus gelak, malunya," kongsi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube