KATA-kata yang dilemparkan suami kepada wanita ini sebelum mereka berpisah pada Mac 2021 cukup memberi kesan mendalam buat dirinya. Dalam keadaan diselubungi kesedihan, wanita ini merasakan perlunya dia mendekatkan diri kepada Allah SWT demi mencari ketenangan diri. Menurut pengadu, kata-kata bekas suami yang amat mengguris hatinya juga membawa kepada satu doa sehingga menjadi titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupannya. Pengadu begitu terkesan dengan kata-kata suami sebelum diceraikan. -Gambar hiasan "Ada satu doa ni secara tak sedar terpacul keluar dari mulut saya yang merubah hidup selepas itu. Doa apa? Doa nak kurus. "Sebab saya 'sentap' dengan kata-kata bekas suami masa tu. Ye la masa tu saya gemuk nak cecah 120 kilogram. Memang doa nak kurus tu selalu je terkeluar sampai berair mata. "Bulan Oktober, saya diuji dengan kehilangan arwah tok wan (datuk) meninggal, saya tak lalu nak makan. Tahap tak lalu nak makan tu sampai nak telan nasi pun tak boleh. Lekat dekat kerongkong," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun hilangkan diri, Youtuber Nikocado Avocado tayang badan kurus ARTIKEL BERKAITAN: “Dia minta buang” - Teruja baca testimoni ‘gemuk ke kurus’, wanita ini menderita di hospital selepas 3 minggu makan suplemen Tidak hanya diuji dengan kehilangan insan tersayang, wanita ini juga mengalami sakit dalam perut gara-gara apendiks pecah. Kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia terpaksa menjalani pembedahan pada 2023 gara-gara usus tersumbat dan terkeluar dari otot sehingga menjadi abdomen hernia. "Setelah pemeriksaan doktor, rupanya dah banyak hari apendiks tu pecah sebab muka, mata dan kulit sudah bertukar warna kekuningan seolah-olah bayi kena jaundice. "Saya terpaksa dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan besar yang memerlukan perut saya dibelah secara menegak lebih sejengkal panjangnya," katanya. Lepas tu minta kurus kan? Allah uji sakit dan sedih. PENGADU Ternyata, doa wanita itu termakbul sebagaimana diharapkan apabila pengadu hilang sebanyak 45kg berat badan. "Dipendekkan ceritanya, pembedahan itu berjaya. Tapi saya tak boleh berjalan tiga bulan. Kena naik kerusi roda. Memang kurus! Dari berat 120kg tinggal 75kg masa tu. "Saya belajar sesuatu dari pengalaman. Allah makbulkan doa kita berdasarkan apa yang kita minta. Masa tu saya minta supaya Allah berikan saya kekuatan. Jadi kekuatan macam mana? Seorang wanita berjaya menurunkan berat badan sebagaimana diharapkan. -Gambar hiasan "Allah bagi dugaan demi dugaan. Ditinggalkan suami, kehilangan insan paling disayangi dan sakit yang sudah nazak. Allah uji sejauh mana nak kuat hadap semua ini dengan anak masih kecil. "Lepas tu minta kurus kan? Allah uji sakit dan sedih. Tak boleh makan banyak. Memang tak perlu diet, sudah kurus," jelasnya lagi. Hantaran wanita ini menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kagum dengan ketabahan dan kecekalannya menghadapi segala ujian tersebut. Rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube