suria

Dah ada 6 zuriat, wanita kini amat rindu anak luar nikah lahir 15 tahun lalu! Sukar jejak, tak pernah tahu siapa famili angkat

Anak adalah anugerah terindah buat seorang wanita. -Gambar hiasan

SETIAP manusia tidak sempurna, pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam hidup.

Sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, apa yang penting adalah kita lekas tersedar dan cuba memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Demikian juga kisah wanita ini yang mengakui pernah terlanjur sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.

"Kira-kira 15 tahun dulu umur saya 21 tahun, saya pernah terlanjur dan melahirkan seorang anak. Saya nak jaga anak saya.

"Namun kerana nak jaga nama keluarga, saya terpaksa bagi (anak kepada orang). Masa tu saya muda lagi," tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, urusan penyerahan bayinya kepada keluarga angkat diuruskan oleh doktor.

anak 1

Tiada wanita yang sanggup berpisah dengan zuriatnya sendiri. -Gambar hiasan

"Silap saya masa nak tanda tangan, saya tak baca borang serta surat untuk angkat sumpah bagi anak kepada keluarga angkat.

"Yang saya baca, nama anak saya di'bin'kan kepada nama Allah tapi saya tak tengok nama keluarga angkat anak saya," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki tak izin gugur kandungan, lepas bersalin terus kena tinggal... Wanita terkejut rupanya jadi ‘hamba’ nafsu suami orang!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu! Lagi 5 hari nak kahwin, wang hantaran 20K dah bagi... Tunang beritahu hamil terlanjur dengan ex-BF

Tambah wanita tersebut, kini perasaan rindu kepada anaknya begitu membuak-buak dan dia berhasrat mahu menjejaki darah dagingnya itu namun segalanya menjadi begitu sukar kerana tidak mempunyai sebarang dokumen atau gambar.

"Saya cuma nak tahu pasal anak saya dan nak tengok muka dia. Saya tak akan ambil anak saya daripada keluarga angkat.

"Sekarang saya ada enam anak. Bila tengok anak-anak, saya teringat anak saya yang satu ini.

"Suami saya tahu kisah silam saya. Dia tak kisah kalau saya cari anak saya. Ada tak cara macam mana nak cari keluarga angkat anak saya," tulisnya lagi.

Kena cari sebab berkaitan nasab. Takut terkahwin adik kandung seibu.

NETIZEN

Hantaran wanita berkenaan dihujani ratusan komen warga maya yang tampil memberikan pelbagai pandangan dan reaksi.

"Seeloknya sebab takut terkahwin dengan adik beradik seibu. Kalau puan dapat jejak dia dekat mana, cukup puan tahu setakat itu. Bukan apa, dia dah selesa dengan keluarga angkat.

komen anak 1

Antara pandangan yang dilontarkan netizen.

"Kena cari sebab berkaitan nasab. Takut terkahwin adik kandung seibu.

"Awak ni fikir diri sendiri je. Bila susah bagi dekat orang. 15 tahun dulu tak pikir. Sekarang tiba-tiba nak tengok pula.

"Lebih baik tak payah. Nanti dah tengok, teremosi... nak ambil pula. Nanti setiap masa nak datang. Keluarga dan budak tu akan rasa tak selesa dan terancam," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain