suria

Isteri menyibuk ikut masuk sesi temu duga kerja, suami tebal muka mohon maaf lepas ditegur... Siap jeling sebelum keluar!

Sesi temu duga kerjaya sewajarnya dilakukan dalam keadaan tenang tanpa gangguan. -Gambar hiasan

HADIR ke sesi temu duga tentunya momen yang begitu mendebarkan, ibarat boleh luruh jantung dibuatnya.

Lebih-lebih lagi apabila datang bersendirian sambil meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang dimohon.

Namun bagi seorang penemu duga di sebuah syarikat, dia tidak menyangka bertemu dengan calon yang hadir ke sesi temu duga dengan cara berbeza.

"Aku kena buat temu duga untuk isi kekosongan baharu, jadi ramai yang datang untuk jawatan tertentu.

"Yang tak sedapnya, ada seorang calon, dia bawa isteri masuk ke dalam bilik temu duga. Aku pun cakaplah, dia tak sepatutnya bawa orang masuk walau sesiapapun," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Beberapa calon mengisi borang untuk sesi temu duga. -Gambar hiasan

Menyedari tindakannya yang dilakukan itu adalah tidak wajar, calon lelaki itu akur dan segera memohon maaf.

"Dia cepat-cepat minta maaf, katanya isteri saya ni memang macam tu. Aku tengok muka abang tu, jadi kasihan pun ada, nak marah pun ye.

"Isteri dia kemudian jeling-jeling kat aku, tengok apa aku dah cakap dengan suami dia. Moral of the story, tolonglah beri ruang pada pasangan anda.

"Dia pergi interview nak cari kerja, bukan interview nak kawin kak," ujarnya tanpa memaklumkan jawatan dimohon.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon ‘interview’ dah lama ‘terpacak’ luar bilik disangka tak hadir! Penemu duga tertipu, pesan gambar resume jangan guna filter

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan terkedu bakal staf jerkah isteri! Terus kantoi jenis ‘biawak hidup’, berang bini gigih tolong carikan kerja

Mengulas lanjut, individu itu berkata dia tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku antara pasangan itu sehingga si isteri begitu berani masuk ke dalam bilik temu duga bersama suami.

Menjelaskan hanya si suami yang datang untuk memohon pekerjaan, dia memberitahu tidak salah untuk menemani pasangan tetapi ada batasan.

Suami perlukan ruangnya sendiri. Kalau macam ni, susahlah suami nak dapat kerja.

WARGA MAYA

"Mungkin (mereka) tengah ada isu yang kita tak tahu. Cuma memang rare la pergi interview bawa partner. Kalau teman setakat dekat tempat reception tu okay kot.

"Tapi kalau nak masuk sekali interview memang tak boleh. Isteri dia nak masuk sekali dan saya cuma cakap tak sesuai untuk dia masuk sekali.

"Yang mohon kerja tu suami, bukan isteri. Sudah tentu dia tak gembira, dia kena duduk di luar," katanya lagi namun tidak mendedahkan sama ada calon lelaki itu menerima jawatan yang dimohon atau tidak.

Lumrah pasangan suami isteri ada pasang surutnya. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan kisah yang dokongsikan sehingga timbul pelbagai andaian dan spekulasi mengenai pasangan suami isteri itu.

"Mungkin suami dia memang selalu curang. Itu yang tak percaya.

"Adoi rimasnya jenis perempuan macam ni. Wahai segelintir perempuan, kadang-kadang mereka yang terlalu manja dan mudah cemburu ni buat pasangan rimas dan rasa menjengkelkan.

"Suami perlukan ruangnya sendiri. Kalau macam ni, susahlah suami nak dapat kerja.

"Memang ada orang punya isu kepercayaan. Perkahwinan dibina berdasarkan kepercayaan kan. Kalau 24 jam nak tahu, baik jangan kerja," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain