DIBEBANKAN dengan kerja pentadbiran sering menjadi 'modal' warga pendidik dalam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem sedia ada. Keadaan itu juga membuatkan segelintir golongan ini mula hilang fokus dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) hingga menjejaskan prestasi. Perkara ini turut dikongsikan seorang pengguna laman sosial apabila dia mengaku mula hilang minat dalam meneruskan kerjaya sebagai cikgu selepas lima tahun berkhidmat. Cikgu ini mula terbeban dengan saranan untuk menubuhkan kumpulan rugbi perempuan di sekolahnya. -Gambar hiasan Katanya, hasrat untuk berhenti kerja sudah lama terpendam namun kini keinginan itu mula muncul kembali. “Dah lama tak fikir fasal ni. Tapi sekarang muncul balik. Hari ini, genap lima tahun sebagai pendidik tetapi saya nak berhenti jadi cikgu. Saya rasa tak mampu untuk uruskan bebanan kerja. “Dengan fail kerja yang pelbagai, soalan itu ini dan bermacam program perlu dikendalikan. Saya suka mengajar tetapi saya tidak minat untuk buat benda lain. “Sekarang, ada cikgu beri cadangan untuk tubuhkan kumpulan ragby perempuan. Saya suka ragbi tapi bukan mengajar ragbi. Nak ajar PJPK (pendidikan jasmani dan kesihatan) pun saya rasa serabut,” luah wanita itu. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu terpaksa ‘sound’ mak ayah sibuk tanya homework dalam grup WhatsApp... Manja anak tak bertempat, bimbang jadi Anakku Sazali ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu jadi barber, doktor, mekap artis, naga” - Bukan niat menunjuk... guru senaraikan kerja di luar bidang tugas buat golongan yang tak nampak Enggan mendedahkan identiti, guru wanita itu bagaimanapun berkata hasratnya terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu memandang masih ada komitmen perlu ditanggung. Katanya, antara komitmen itu termasuk ansuran rumah, kos penyelenggaran kereta yang sudah habis bayar, insurans serta keperluan peribadi seperti produk penjagaan wajah. “Kalau saya tak ada komitmen, tiada hutang... saya rasa lepas kahwin mungkin akan minta untuk jadi suri rumah sambil buat perniagaan sambil isi masa lapang. Saya suka rugbi tapi bukan mengajar rugbi... nak ajar PJPK pun rasa serabut. GURU “Tapi masalahnya ada beli rumah, ada pula komitmen penyelenggaraan kereta dan insurans serta keperluan penjagaan kulit. Rumah perlu bayar sendiri. “Kalau buat sales biasa-biasa tak boleh nak bayar semua tu, jadi perlu buat keuntungan besar macam dulu. Takkan nak suruh suami tanggung, dia pun ada part dia juga. Jadi kita bertahan la,” ujarnya. Perkongsiannya bagaimanapun mendapat perhatian warga maya yang rata-rata menasihatkan cikgu ini untuk bertahan dan mencari kedamaian dengan kerja. “Cari satu aktiviti untuk healing daripada sekolah dengan melakukan aktiviti lain untuk hilangkan tekanan. Pelbagai kajian dan perbincangan dibuat, ia seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Gambar hiasan “Awak tak keseorangan. Apa yang awak lalui turut dirasai cikgu yang lain... pelan-pelan kayuh. “Bertahan dik, akak dah 25 tahun mengajar, bukan selalunya smooth sailing. Tapi jika ada minat dan kesabaran, jangan tinggalkan bidang ini terlebih dahulu. “Saya faham sangat apa yang awak lalui. Perjalanan ni memang tak mudah. Jadi jangan paksa diri sangat,” antara komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube