TANYALAH mana-mana ibu bapa di dunia ini, siapa yang tak sayang anak? Sebagai ibu bapa mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadai nyawa demi anak-anak tersayang. Namun bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang terbaik, kadang kala dalam fasa membesarkan mereka pastinya ada kesilapan yang tidak disengajakan berlaku. Di media sosial tular, seorang wanita berkongsi detik menakutkannya bersama suami dan tidak akan memaafkan diri mereka selepas insiden tertinggal anak di stesen minyak di Pekan, Pahang. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. -Gambar hiasan Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu mengakui cukup terkesan dengan insiden berkenaan hingga trauma walaupun anak gadisnya ditemui dalam keadaan selamat. "Kisah bermula bila sampai di stesen minyak di Pekan sekitar pukul 6 petang. Ayah turun pam tayar, anak perempuan beritahu yang dia nak pergi tandas dan terus ke tandas sendiri. Tandas terletak di sebelah tempat pam tayar. "Ayah siap pam tayar, bonda terus memandu. Kami bergerak dari Pekan ke Kuantan tanpa sedar anak tiada kat belakang. Sepanjang jalan tu bonda dan ayah tak tergerak hati untuk toleh belakang," katanya memulakan cerita. ARTIKEL BERKAITAN: Rutin berubah, mak ayah ‘rushing’ sampai terlupa ada bayi! Amal 9 teknik ini elak insiden tertinggal anak dalam kereta ARTIKEL BERKAITAN: Anak tertinggal bas balik kampus, bapa kejar di highway sampai dapat! Hikmahnya boleh ambil angin dengan isteri di Janda Baik Wanita itu beranggapan anak-anaknya tertidur memandangkan sebelum mereka berhenti di stesen minyak, kesemuanya sedang tidur sejak memulakan perjalanan dari Rompin. Katanya selepas sejam perjalanan, suaminya menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang bertanyakan sama ada semua anak kami cukup atau tidak. "Bonda terus toleh belakang, tengok kakak tiada, masa ni terus teringat yang tadi kakak kata nak pergi tandas. Lembik terus bonda. Benda nak jadi, kadang kita tak sedar pun... cuma boleh beringat dan doa banyak-banyak supaya Allah pelihara. WARGA MAYA "Allah Maha Baik. Nak dijadikan cerita yang jumpa kakak rupanya jurulatih bola sepak anak lelaki kami. Masa dapat panggilan tu, kami tak tahu siapa yang call. Sebab tak simpan nombor," katanya. Menceritakan lebih lanjut, wanita itu berkata jurulatih berkenaan sebenarnya tidak mengenali anak perempuannya tetapi bertindak untuk bertanya anaknya selepas melihat dia berseorangan di tepi tandas. "Jurulatih cari nombor telefon kami di group bola sebab kakak memang tak hafal nombor telefon bonda dan ayah. Isteri jurulatih cerita, masa jumpa kakak dia duduk diam ja, kemudian baru menangis apabila ditanya. "Kemudian jurulatih bawa balik kakak dan kami tunggu di rumah jurulatih. Ya Allah, tersusun cantik ujian untuk kami sekeluarga. Terima kasih Allah, rezekikan kakak jumpa dengan orang yang baik-baik pada hari tersebut," katanya. Reaksi warga maya. Sementara itu di ruangan komen, warga maya menzahirkan rasa syukur kerana anak ditemui selamat dan berterima kasih atas perkongsian yang memberi pengajaran berkenaan. Malah, ada juga berkongsi pengalaman hampir serupa. "Kami pun pernah tertinggal anak saudara dekat tempat berkelah. Sejam juga la rasa macam nak luruh semua benda kat badan. Tekan minyak kereta pun tak rasa kaki. Syukur jumpa dekat orang baik. "Alhamdulillah, berdebar saya baca... benda nak jadi kan. Terima kasih atas perkongsian, peringatan untuk kami yang membaca. "Kalau benda nak jadi, kadang kita tak sedar pun kan cuma boleh beringat dan doa banyak-banyak ja supaya Allah pelihara," kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube